BAB 8

1.5K 27 4
                                    

Memandu waktu puncak lah paling malas sekali nak buat . Otak dah lah letih memikir pasal kerja sehari suntuk balik ingat boleh rehat tengok-tengok kene mengadap jem lagi , adoii time nie lah teringatkan si Adam tak rindu ke dia kat aku . Telefon pun idok takkan lah masa transit tuh sampai takda masa langsung kott . Hurm apa lah nasib aku .

Dah sehari lebih tak berhubung pun dah rindu nanti kalau dia fly lama-lama nanti macam mana lah aku nie iman tak kuat sangat asyik rindu je . Masa sekolah rendah pergi lawatan 3 hari 2 malam pun dah nangis rindu mummy dan daddy . Aish nasib kot anak bongsu memang manja kan

PITTTT PITTT PITTTT !!!!!

Kereta belakang pun gatal betul bunyi-bunyi hon pulak . Guman hati mellissa sambil laju menekan pedal minyak kereta .

*****

"MELL home"

Jerit aku, memang jadi kebiasaan bila balik dari sesuatu tempat akan jerit kuat-kuat . Hahahaha kebiasaan yang ditiru dari cite omputih . Yelah dari kecil kot mumny daddy ajar tengok cerita diorang yabg kadang-kadang harus disensor scene-scene yang tuttt tuttt , hahahaha . Walaupun tahu yang takkan ada yang menyahut tapi aku suka buat . Berjalan ke dapur pun rutin lepas balik dari mana-mana tempat bagi aku dua rutin nie bagaikan terapi setelah otak penat .

"Eh mell,Adam ada call kamu tak"

Aku pandang muka mummy . Eh mummy dah bertukar soalan ke , kalau sebelum nie soalan dia lebih menjuruskan kepada aku tapi sekarang ditanyanya si adam bukan anaknya lagi . Okay adam awak dah curi hati mummy nampaknya . Nanti dah khawin awak dah tak perlu risau yer .

"Eh mummy nie tanya Adam lak, tanya lah Mell dulu "

Aku buat muka-muka merajuk . Sebenarnya aku tak kisah pun . Baguslah tue mummy dah start sayang adam dah .

"Takde lah mumny tanya jaa . Tadi ibu call cakap Adam takde call dia pastu dia ada cerita yang dia ..."

"Dia apa mummy ? "

"Takde apa-apa lah . Dah pegi mandi sana . Nanti turun makan tau "

Mummy pegi tinggalkan aku terpinga-pinga . Kenapa dengan mummy nie . Aishhh kenapa dengan ibu nie mummy nie sukalah buat orang gini

*****
"Dam,bangkit dam, dah pukui berapa dah dam oi . Bangkit p mandi . Hang nie pun kalau tidoq...."
"Susshhhhh . Aku dah bangun cubalah jangan membebel ja. ohhh terima kasih sayangku daniel"
" awad lak ? hah tuelah hang tidoq jaa kejaa"

Daniel dan membebel berpisah tiada . Aku berjalan pergi ke tingkap . Akhirnya aku berjaya buat apa yang aku nak selama nie . Drive di angkasa menjadi idaman selepas hantar opah pergi haji sekarang dah tercapai . Adakah apa yang aku rancang selama ini akan berlaku . Kenapa dengan hati aku nie ? Dari haritue lagi tak sedap hati nie . Baik pergi mandi then baru fikir yer adam . Keluarga dan bakal isteriku belum ku telefon . Hurmmn biarlah diorng risau . Diorang mesti kene biasakan dengan ketiadaan aku disisi ,gumam hati adam . Baik pegi mandi dan sembahyang kejap pastu baru telefon diorang .

"Hai you . Tengah buat apa"
"Takyah nak beryou-you sangat . Awak tahu tak semua orang risau pasal awak"
"Hei okay saya minta maaf . Saya terlelap tadi pastu mandi,sembahyang,telefon rumah,telefon mummy and sekarang baru call awak"

Dan maka dengan sebab huraian panjang lebar itu akan disambung dengan bebalan Mellissa yang panjang . Owh silap bukan panjang tapi sangat terlebih panjang yang bagaikan tiada noktah . Sabarlah wahai hati , tabahlah wahai telinga . Biasalah wanita dan bebelan berpisah tiada , jadi tak perlu risau nanti khawin nanti lagi banyak . Aku akan sentiasa rindu bebelan kau mell suatu hari nanti . Tiada siapa pun tahu . Bila hari bahagia makin dekat makin banyak aku tahu pasal Mell . Lawak pun ada kadang-kadang dengan sikap paranoid yang tak masuk akal kalau difikirkan .

Mell pernah cakap yang dia tak boleh dengar ambulans . Dia jadi fobia tambah-tambah kalau dia ingin bertemu seseorang . Bila dia dengar ambulans dia takut orang yang ingin dia ketemu itu ada didalam ambulans tersebut . Ada satu hari ,kami dah tetapkan masa ingin berjumpa dan aku terlewat bila sebab terlupa biasalah lelaki , mell call berpuluh kali tapi tak berangkat so dia datang "hanger" tempat aku berlatih sambil menangis sebab dia ingatkan aku yang sakit . Bila ingat kenangan lalu buat aku tersenyum , tersenyum bahagia .

"Awak dengar tak apa saya cakap,awak nie kan skype ngan saya pun mengelamun lagi dah jumpa minah saleh nak bawak jumpa ibu ke?"
"Aish tak baik cakap macam tue , kang saya buat betul-betul menangis tak berlagu awak.saya takpe dah ada minah saleh awak apa ada ?"
"Ek eleh buatlah berani saya report daddy,mummy,ibu ngan ayah siap awak . Kalau gatal-gatal saya cakap je kat diorang"
"Aish taklah mana ada . Minah depan saya pun tak terjaga dah ada hati nak pasang spare part dokk . Mell you know what?"
"What?"
"My love for you will never die .you are my first love and i love you deep from my heart . The love grow when the first time i know and meet you . Love at the first sight that us,i thought . And the love grew days by days and i could not stop it to continue grow bigger and stronger i promise you . i love you mell and i never felt liked this with other women before . It just happens liked a miracle . "
"I love you too. I pun tak boleh nak stop dari suka you , sayang you and you are my first love walaupun kadang-kadang nampak macam kita aturan keluarga tapi i sangat sayang you . I selalu doa biar jodoh kita kekal berkat doa parents kita "
"Mell i nak you tahu i sangat sayang you . I percaya kan you . I tak sanggup kehilangan you . Nanti sekalipun jodoh kita tak kekal i harap you tunggu i tau kalau you nak naik pelamin. Walaupun i bukan orang yang ada disisi you tapi i harap i dapat tengok you tersenyum kat atas sana . Nanti kalau i takde sekalipun you tolong jaga family i macam you jaga family you mell . Sayang family i macam i sayang mummy daddy . Boleh tak mell?

Juraian air jernih mell terlihat ditubir mata . Adam mengelap di skrin . Seolah-olah mell ada dihadapannya . Kalaulah semua ini realiti sanggupkah aku menghadapi semuanya . Sekuat bayangan adamkan aku jika dia tiada nanti ? Juraian terus berciciran bersama senyuman adam yang mahal,sangat mahal mungkin .

langitWhere stories live. Discover now