PART 13

85 1 1
                                    

Kalau tak cuba, tak tahu . berat betul nak tinggalkan Malaysia kali ini . kalua dulu benda paling best pergi 'oversea' lah lagi best kalau semua ada, ada mama, ada daddy dan ada Adam. Maaf Adam, tak sempat untuk kita buat apa yang kita impikan bawak family you dengan family I bercuti sama-sama tapi takpe nanti I bawak Cuma bagi I masa.

Lama pulak nak pagi harini, selalunya termenung sekejap dah pagi dah

"Assamulaikum boleh mama masuk"

"Waalaikumusalam, boleh mama mell bukan buat apa pun"

"Mell dah siapakan semua ke ? After subuh kita gerak Fikri pun datang semalam dia balik sini, entah dah bangun ke belum dia sebab semalam dia call ibu pkul 12.30 masih di hospital baru habis on call katanya. Ibu pulak akan jumpa kat airport nanti sebab ibu terus ke sana sebab katanya Adriana dah dijemputnya ayah semalam lagi "

"Owh yeke, susah-sudah je abang Fikri ikut sama bukan Mell pergi lama pun"

Aku baring di riba mama, berbual sambal tunggu azan subuh masuk . Moment sebegini aku rasa dari aku kecil lagi tidak pernah berbagi . Mama idola aku sepanjang zaman, dari aku kecil mama lah yang sentiasa ada bagi contoh tauladan disebabkan daddy selalu sibuk . Keputusan untuk pertama kali berjauhan dengan mama juga satu keputusan yang berat tapi aku perlukan masa untuk perbaiki semua semula.

TUK TUK TUK

"Boleh abang masuk ?"

Aku terus bangun dan memeluk orang yang telah menjadi darah daging aku sejak kecil, Fikri Ilman Shah. Abang Fikri ialah anak kepada mak ngah dan pak ngah tetapi ALLAH lagi menyangi mereka. Mereka pergi tinggalkan Abang Fikri sejak Abang Fikri berumur 2 tahun jadi mama dan daddy ambil tanggungjawab untuk menjaga Abang Fikri kerana pada waktu itu Abang Fikri masih bayi dan hanya mama yang boleh menyusukan Abang Fikri kerana ketika kemalangan itu berlaku aku baru sahaja dilahirkan.

"Betul ke adik abang nak tinggal mama dengan daddy ni?"

"Betul lah lagipun Mell pergi sekejap je dah habis apa yang Mell nak belajar tu Mell baliklah"

"Ye ke ni, ke nak pergi cari mamat mata biru ni sebab tu nak pergi belajar jauh-jauh sedangkan dekat Malaysia ni banyak je University yang tawarkan apa yang Mell nak ambik tu hahahhaa"

Aku merenung sambal mencubit manja perut dan badannya. Menjadi seorang anak yatim piatu itu juga tidak senang . Aku pernah melihat dia menangis seorang diri didalam bilik waktu keputusan SPM nya keluar kerana dia mahu berkongsi dengan orang yang tersayang . Walaupun Mama dan Daddy melayannya seperti anak sendiri tapi dia masih merasakan detik-detik begitu memerlukan untuk berkongsi dengan orang yang telah mengadungkan dia .

"Eeee taknak lah Mell, Mell ni orang kampong tekak kampong mana mahu nya nak khawin dengan orang mata biru. Tak lah bang,betul lah mell nak pergi belajar nak tukar angin orang cakap . Nak belajar tempat sejuk sambil tu " Aku terdiam, kaku sebentar wajah bayangan Adam terus terlintas .

"Takpe Mell,abang faham . Pergilah dikau membawa dan perbaiki hati itu . Pulanglah jika engkau berasa penat dan lega gittew . Ma,sesuai tak kalau abang tukar profession jadi penyair"

Mama mencubit peha Abang Fikri sambal mengelengkan kepala

"Ada-ada saja lah dia nak menyakat si adik . Ni kamu dah salam daddy belum. Cepat pergi jumpa daddy pastu siap-siap solat subuh, pastu siap-siap turun breakfast kita gerak terus lah ke airport . Jom Fikri Ilman Shah."

"Baik Puan mama bos saya yang menurut perintah"

Dia lantas bangun sambal menunjukkan tabik hormat kepada mama. Aku mengeleng kepala sambil berbisik cepatlah khawin abangku seorang ni dah lama sangat membujang. Tetiba pintu bilik dibuka lagi sekali

"Adik,kalau kamu taknak orang mata biru . Bagi abanglah, abang suka orang mata biru hijau pink ni "

"FIKRI ILMAN SHAH, APA KAMU BUAT LAGI TU CEPAT READY UNTUK SOLAT!!!"

Bunyi suara jeritan mama dari belakang aku ketawa, nanti mesti rindu mereka semua.

"Jaga diri kat sana Mell,jangan nakal-nakal kalau nakal abang terbang pergi join Mell nakal-nakal jugak"

Sambil diselangi oleh cubitan dari mama dan gelengan dari papa dan semua yang ada. Abang Fikri memang tak pernah berubah dari kecil sampai lah dah besar panjang suka sangat menyakat . Bila mama dengan daddy tanya pasal jodoh dia akan sibukkan aku dulu kalau tanya calon dia mesti ada saja alasan.

Aku memeluk semua yang hadir . Aku berasa sangat bersyukur dikurniakan orang sentiasa ada dan mendukung apa sahaja keputusan yang aku ambil tidak pernah berasakan susah atau menyusahkan tapi malah sentiasa berasa itulah yang terbaik .

"Bila tengok langit nati kiriman salam rindu Phea jugak yer kak . Nah ini hadiah dari kami semua untuk akak. Jangan lupa solat ingat kami semua dalam setiap doa akak "

Aku memeluk Phea, dia bagaikan bidadari kiriman tuhan untuk gantikan Adam disetiap saat aku gelisah. Jarak umur yang tidak banyak beza jugak menjadikan aku terasa lebih selesa untuk berkongsi apa sahaja masalah ataupun cerita yang menarik . Perwatakan Phea untuk aku sangatlah sejuk mata memandang itu tidak lagi dinilai dari sudut pakaian dan cara pergaulan nya. Semoga ALLAH kurniakan orang yang sempurna untuk menjaga Phea sentiasa.

"Walau apa pun yang terjadi kamu masih anak kesayangan ibu dan ayah. Ingat pesan mama dan semua . Kalau rindu telepon saja tak kira pukul berapa pun . Ibu okay sahaja ."

Ibu juga bagaikan bidadari yang sentiasa ada, bila aku rasa rindu ibu pasti akan menelefon ku bagaikan ada tarikan magnet mengetahui yang aku sedang perlukan seseorang . Ibu,Mama,Ayah,Daddy semua aku sayang sama sahaja tidak ada kurang tidak ada tambah.

Kaki ini berat untuk melangkah masuk . Aku kena kuat ini semua untuk kebaikan semua.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 06, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

langitWhere stories live. Discover now