Bab 2

22 1 0
                                    

2 bulan lepas...

"Mak . Nak duit "
"Nawfal , mak tadak duit nak . Kita dok meniaga ja . Mai mana mak nak ada duit?"
"Along tak kira mak . Along nak duit bagi lekaih . Satgi along taboh Husna satgi" ugutnya.

"Along !!!!" jeritku. "Nak duit ? Nah . Tapi along jangan ganggu kami lagi . Along tolonglah berubah along . Sampai bila along nak laguni ?" ujar aku setelah menghulurkan beberapa keping not berwarna merah .
Duit itu direntap along .

"Hang toksah menyibuk Husna . Aku tau apa yang aku buat . " terus along keluar dari rumah .

"Mak okay dak?" lantas tubuhku dipeluk mak .
"Husna , awat yang hang pi bagi duit simpanan hang ? Esok lusa hang nak makan apa kat sekolah?"
"Mak takyah la risau pasai cheq . Cheq kan Husna yang manis lagi menawan macam buah manggis . Cheq takmau dia duk ambik barang kemas mak . Tu ja barang peninggalan arwah abah kat mak ."

Ya , siapa sangka abang aku Nawfal Hakimi dahulunya seorang pelajar sekolah agama terlibat dengan dadah . Akibat pengaruh rakan , masa depan along musnah . Along tidak mengambil peperiksaan SPM . Abah telah lama meninggal sewaktu aku masih di tadika . Hanya aku harapan terakhir keluarga . Aku nak ubah nasib keluarga aku . Aku kasar bersebab . Aku tidak mahu dibuli dengan sewenangnya oleh orang luar . Luar sahaja aku nampak tabah , tapi didalam? Hanya Allah , emak dan sahabat aku yang tahu .

"woi" sergah Fitrah .
"opocot mak hang meletup" latahku .
"hahahahaha konon sado tapi hati lembut gak hang ni hahaha "ujar fitrah dengan tawanya yang masih bersisa .
"Aku getu((cubit)) hang satgi sampai lebam baru ada akai kot"
"uuish takmau . Kesan getu minggu lepas tak hilang lagi woi"
"haa tau ketaq"aku menyimpan semula tanganku ke dalam saku .

**
"kata nak cerita ? Hang dengan ikan temenung takdak beza tau dak" ujar Fitrah setelah kami menyambung semula perjalanan kami .
"awat pulak?" tanya ku bendul.
"dua dua termenung bodoh " luah Fitrah terus lari .
"Kuajaq "laju aku mengejarnya dari belakang .
" Woi tunggu . " ujarku tercungap cungap . "Petang ni jadi weh kat rumah hang?" sambungku .

"yaya . Jadi . Lepas asar " ucap Fitrah yang juga tercungap cungap dek penat berlari.

"orite . Aku balik dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam "
Terus kami masuk ke simpang ke rumah masing masing .

QowiyWhere stories live. Discover now