**Keesokan harinya...**
"Weh mata kau bengkak kenapa?" soal Alin . Alin , rakanku yang agak comel . Baru pindah ke Kedah dek kerana tugas bapaknya . Pelat dia masih tidak berubah .
"Haa'a . Why Nawwal? " soal Hanina pula . Hanina merupakan rakan aku yang paling lemah lembut di antara kami berempat. Aku dengan Fitrah paling kasar hahaha ."Aku tak cukup tidor la semalam" dalih aku .
"Kau jangan bohong kami Nawwal Husna Binti Hadiff . Aku kenal la kau . Sejak kes kau cerita semalam , aku risau kau tau " . Alin mula berceramah . Aku pura tidor dengan mebenamkan wajahku ke atas meja .
"Entah hang ni . Kami sayang hang . Risau aku dengan geng tu"sahut Fitrah .*flashback petang kemarin*
"Okay sahabatku sekalian . Jom study" ujar Fitrah bersemangat .
"OKay!!" jerit kami bertiga .
"btw Nawwal , hang toksah duk buat lupa . Pasal janji hang tadi" ugut Fitrah .
'Gulp' telan air liur dibuatnya . Terbantut terus segala kerja aku .
Mana taknya ? Si Hanina dengan Alin terus ingin mengorek rahsia dari aku . Aku jarang bercerita kerana takmahu orang berasa simpati terhadap aku ."Okay jangan ushar aku macam nak telan boleh ? Okay okay aku surrender . Aku cerita ." akhirnya Nawwal Husna mengalah .
"tau takut" -Hanina .
"Okay macamni . Abang aku kena tangkap . Hampa tau kan dia kerja buat apa? Hmm , so aku dengan mak aku tengah pening ni . Dia ada hutang dengan along dekat rm2000 lebih . Kami mana mampu . Aku rasa aku nak kerja lah diam diam . Hangpa ada cadangan dak?" luah aku .
"Emm . Okay aku faham . First of all , kau memang seorang yang kuat Nawwal . Kaulah jadi tulang belakang mak kau . Nak harapkan abang kau? Hampeh . Aku kalau jadi kau aku pun tak sekuat tu . Kau boleh nak kerja . Tapi kerja apa doh? Kita budak baru 15 tahun . Siapa nak terima kau kerja? "-Alin .
Ya ada betulnya cakap Alin . Aku terdiam sejenak . Ahh ! Aku takpeduli . Kerja cuci pinggan pun aku sanggup .
"Betul apa yang Alin cakap tu Nawwal . Okay jom kita listkan beberapa senarai tempat kerja yang hang nakpi . Okay?" ujar Fitrah seraya menulis di atas kertas A4 .
"okay macamni . Aku cadang nak jadi tukang basuh pinggan ja . Jadi la tu kan? Aku kerja petang . Malam aku stop sebab nanti mak aku syak pulak " aku mula memberi pendapat .
"Okay hat tu settle . Jom tulis tempat mana yang hang nak kerja . Nanti kami teman hang pi cari . Bab hantaq hang pi kerja dont worry , aku tolong hang . Okay Nawwal ?" Hanina memberi pertolongan .
Sungguh aku terharu dikurniakan rakan sebegini sewaktu aku memang memerlukan sokongan . Sebak pulak . Aiseh , mata jangan drama sangat huhu . "Thanks babe . Takdak hampa aku taktau nak mintak tolong kat sapa " terus empangan pecah . Terasa tubuh genitku dipeluk oleh rakan rakan . Usapan lembut di bahu dan di belakang badan sebagai tanda 'hang kena kuat Nawwal' . ((Drama sungguh ayat)). Hahaha ..
Petang tu studygroup ditukar mnjadi plan 'Operasi bantu Nawwal' .
YOU ARE READING
Qowiy
Random"hang takkan tau apa itu kekuatan bila kekuatan adalah satu satunya pilihan yang hang ada"-Nawwal Husna .