Nama aku Syafiqa Elyana Jasnita Qaisara.Menjenuh sebut nama aku. Panggil saja aku Syafiqa. Ramai Tanya "kenapa Syafiqa bukan Elyana kan Sara kan?". Nama aku suka hati aku lah. Bergurau saja. Bagi aku Syafiqa itu mudah disebut dan diingati. Cerita sandiwara aku bermula macam ini......
* * *
"Piqa!bangunlah.Dah lama dah Echa kejut!". Pagi-pagi macam ini jaranglah tak dengar suara Echa ini. "Kejaplah... by the way,are we late?". "Ya,ofcourse. We are late for half an hour.".Aku terus mengalihkan pandangan ke arah jam dinding yang tergantung betul-betul menghadapnya. Jam yang ditenungnya menunjukkan pukul 6:15 pagi.
Dengan penuh kehairanan aku bertanya kepada Echa. "Actually, apa yang kita dah lambat? Kelas mula pukul 7:30a.m. and it is 6:15a.m..".
Echa hanya mengankat kening Dan berkata "Awak tak pergi kah perjumpaan ajk-ajk kelas untuk jamuan akhir tahun ini?"Aku hampir lupa akan hari yang penting ini. Haisy. Hendak dikata nyanyuk muda lagi aku ini, baru 13 tahun.
* * *
Kring!!kring!!. Loceng dah berbunyi, mesyuarat pun sudah selesai. Tinggal menunggu waktu untuk masuk ke kelas."Wahai Syafiqa Ku sayang Intan payung berlian emas, jomlah masuk kelas". Yang ini Ainna Hayani nama diberi. Cantik,molek dan lawa orangnya. Dia ini lah kawan dari sekolah rendah aku. Kami satu sekolah, satu asrama, satu kelas, Dan satu Malaysia. Hihihi. Aku buat la
wak hambar, mohon ketawa."Sekejaplah, aku nak tengok budak tu.". Ini memang.satu benda yang payah aku nak sorokkan. Sebenarnya, dah lama aku perhatikan budak ini.
Mohd Haziq Hazim Bin Shamsul Bahri. Namanya sedap , keimanannya pun kukuh. Alhamdulillah.Yani terus mencubit tanganku dan berkata seperti mengejekku. "Sudahlah, janganlah kau nak bermimpi di siang hari ya? Jom masuk kelas". Pergh! Kepedihan dia bukan saja di lenganku yang dicubit malahn juga menusuk ke hati seperti menghiris.