Malam sepiku yang ditemani buku Sejarah yang membuatkan aku bosan. Terusku mengalihkan pandangan ke arah surat jamuan yang diberikan oleh Haziq kepadaku. Oh! Indahnya bila teringatkan pertemuan petang tadi.
"Echa,awak nak tahu tak betapa saya gembira sangat bila my prince charming datang kelas tadi?"
Echa membuat muka tidak hairannya dan berkata"Setakat Haziq itu tak ada lah charming sangat. Lainlah macam Harraz Fizal saya itu lagi handsome"
Aku tersenyum sambil di dalam fikiranku sejenak membandingkan Haziq Hazim yang berkulit sawa matang dan Harraz Fizal yang berkulit putih mengalahkan perempuan.
* * *
"Hari ini, hari terakhir untuk hantar borang penyertaan jamuan tersebut.Betul tak?" Aku yang mencuri dengar perbualan ajk makdis yang lain tersentak apabila seorang lelaki menyapaku dari belakang.Wah!mungkin jodoh aku dengan dia. Haziq kenapa lah kau selalu muncul di hadapanku.
"Awak boleh pergi tak esok?" Suara yang penuh kelembutan dan sopan itu aku dengari dan aku menjawab.
"Insyaallah boleh tapi saya lupa nak bawa borangnya. Maafkan saya"."Tak mengapalah janji awak boleh hadir."
"Baiklah, jumpa di majlis itu."
Aku berlari untuk masuk ke kelas dan meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran. Yani dan Echa memandangku dengan pandangan mengejek.
"Apalah, jumpa boyfie tak ajak"
Mereka menyakatku dengan nada yang mengada-ngada.Echa berlari ke muka pintu untuk memastikan samaada guru matapelajaran seterusnya sudah bergerak menuju kelas kami atau belum.
Yani dan aku memandang kawan-kawan lain seperti melihat hantu. Mana taknya, diam semacam. Tanpa Kami menyedari yang guru kelas kami sedang berdiri tegak di belakang kami. Dengan pantasnya , guru kelas mencubit kami kerana membuat bising.
