Jimin berjoging di tepi tasik sambil menghirup udara segar. Dia melihat beberapa orang sedang berjoging pada pagi itu.
Suasana yang dingin dan nyaman menjadikan waktu itu waktu yang sesuai untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan minda. Setelah sejam berlari, Jimin duduk di atas bangku dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
Klik!
Jimin membuat pose yang cool saat berselfie.
"Pergh! Hensemnya aku."
Hah, yang ni sorang lagi. Masuk bakul angkat sendiri - Author
Diamlah, Author. - Jimin
Pada waktu yang sama,
Yerin mengambil keputusan untuk keluar berjoging di tepi tasik. Seperti biasa, telinganya disumbat earphone untuk menemaninya sepanjang berlari anak mengelilingi tasik.
Setelah penat berlari, dia mengambil tempat duduk di tepi tasik yang kebetulan Jimin turut berada di bangku yang sama.
Yerin membuka penutup botol air mineral sejuk. Jimin menoleh ke kanan saat menyedari kehadiran perempuan -_- itu.
Belum sempat Yerin meneguk air minumannya, dia ditegur oleh seseorang yang tiba-tiba dingin dengannya.
"Ehem ehem, kenapa engko ada kat sini?"
Yerin menoleh ke kiri dan mata mereka berdua bertaut. Yerin meneguk air minumannya dan menutup botol mineral itu.
"Berjoging."
"Macam tak ada hari lain, kan?"
"Biarlah," balas Yerin selamba.
Jimin mendengus lalu merenung ke hadapan.
Pada waktu itu, mereka berdua terdiam saat melihat matahari yang mula terbit dari Timur menjadikan pemandangan kawasan itu sangat cantik. Jimin tidak melepaskan peluang lalu menangkap panorama yang menarik perhatiannya.
"Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang, kita..." Belum sempat Yerin memulakan ceramah paginya, dia dipintas oleh Jimin.
"Dah, aku tak nak dengar. Kaupergi sekarang?"
Yerin dengan mimik muka -_- terus berlalu meninggalkan Jimin. Ish, orang nak kongsi maklumat, dia halau. Tak nak shudah, kiter tak keshah!
Jimin kembali merenung matahari yang sudah menunjukkan dirinya dan menyenari langit yang membiru.
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.
Jimin memikirkan kata-kata Yerin yang tergantung tadi.
Haish, menyesal pulak dia potong line.
YOU ARE READING
BTS' SCHOOL: NEITHER LOVE NOR HATE
FanfictionKO YE RIN: Ohohoi, tak kusangka tak kuduga... Ooohhhh.... -_- Tak disangka, tak diduga, takdir menemukan Yerin dengan seorang jejaka comel di sekolah Siapakah jejaka itu? Tak payah tanya, tengok cover tu pun dah tau XP