"Wo wo wo! Ambulans nak lalu!" Hoseok dan Namjoon membuat bising di meja mereka di dalam kantin.
"Ah, aku sakit! Tolong!" Taehyung turut memainkan peranan dalam cerita mengarut yang diarahkan oleh Hoseok.
"Cepat, rawat dia!" Hoseok meluru ke arah Taehyung dan menggeletek Taehyung. "Gelilah hyung!" Taehyung ketawa tidak menahan geli.
Jungkook terkebil-kebil melihat hyungnya. "Adoi, aku salah grup ke apa?" soalnya sambil menggeleng-geleng melihat tiga orang hyungnya yang sedang bergembira.
Dia melihat di sebelahnya dan kelihatan Jimin sedang menguis makanan dan langsung tidak memakannya. "Jimin hyung ok tak?" soal Jungkook prihatin.
Jimin mengukir senyuman hambar. Jimin membelek tangan kirinya yang masih berbalut. Tiga minggu? Lama tu. Nasib baiklah tangan kiri yang cedera. Kalau tangan kanan, nak mampus? Macam mana nak tulis?
Tapi, kalau tangan kiri yang cereda, macam mana dia nak basuh... Nevermind, abaikan soalah author yang mengarut ni.
"Juseyo dalkomhan geu mat ice cream cake, teukbyeolhajin oneure oulineun maseuro..." Hoseok bangun dari tempat duduknya dan berjoget mengikut rentak lagu.
Jungkook menggeleng melihat hyungnya. Yang ni kenapa? Tiba-tiba joget lagu Ice Cream Cake tak kena tempat. Jimin pun tergelak melihat si Hoseok berjoget di tepi meja makan. Apalagi? Jimin pun tumpang sekakilah.
Diorang sebenarnya peminat kumpulan Red Velvet.
Haish, kalau suara sedap boleh juga hadam nak dengar lagu tu. Ni...... -_-
Suasana kantin pada waktu rehat riuh-rendah seperti biasa. Pada masa itu, Yerin, Eunhi dan rakan-rakan yang lain duduk di tempat yang masih kosong.
"Korang pergi beli makanan, saya duduk kat sini," ujar Yerin. Eunhi bersama empat orang rakannya berjalan menuju tempat menjual makanan. Yerin mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyarungkan earphone di telinga.
Fikirannya ligat memikirkan cerita Eunhi. Eunhi telah menerangkan perkara sebenar mengapa Jimin terlalu dingin terhadapnya.
Yerin mengeluh. "Aku yang salah. Aku sepatutnya meminta maaf." Yerin mendongak kepala dan terpandangkan Hoseok dan Jimin yang sedang berseronok menarikan rentak lagu Ice Cream Cake.
Baru sahaja Yerin ingin menghampiri meja Jimin, bahunya terlanggar sesusuk tubuh yang kebetulan tiba ke kantin.
Yerin terjatuh menghempap lantai. Tiba-tiba, satu tangan menghulur ke arahnya dan tanpa berfikir panjang, Yerin meraih tangan lelaki itu dan bangun. Dia memandang lelaki itu.
Eunhi yang baru tiba ke meja makan dengan membawa sedulang makanan terkejut apabila melihat Yerin sedang memegang tangan Myunsoo.
"Wah!" Kawan-kawan Eunhi teruja melihat Myunsoo termasuk Eunhi yang sememangnya tergila-gilakan lelaki kacak itu.
Yerin menarik tangannya dan menundukkan kepala. "Saya minta maaf..."
"Takpe. Awak tak salah." Myunsoo mengukir senyuman dan berlalu menuju ke meja rakan-rakannya. Eunhi mendekati Yerin. "Beruntungnya hengko dapat bercakap dengan Myunsoo!" Eunhi terlompat-lompat dengan gembiranya. Mereka berenam pun duduk di meja mereka dan menikmati makanan yang dibeli.
Yerin mengetap bibirnya. Tiba-tiba sahaja terbantut niatnya untuk bertemu dengan Jimin.
Dia berhasrat untuk berjumpa dengan Park Ji Min selepas tamat sesi persekolahan pada hari itu.
YOU ARE READING
BTS' SCHOOL: NEITHER LOVE NOR HATE
FanficKO YE RIN: Ohohoi, tak kusangka tak kuduga... Ooohhhh.... -_- Tak disangka, tak diduga, takdir menemukan Yerin dengan seorang jejaka comel di sekolah Siapakah jejaka itu? Tak payah tanya, tengok cover tu pun dah tau XP