Dahyun mendail nombor itu buat kali ke berapa entah. Hatinya semakin sakit. Rupanya dia ditipu oleh pakcik itu. Momo di sebelahnya sudah puas menenangkan Dahyun. Dahyun mencuba sekali lagi, tetapi tidak terjawab juga.
" ARGH !! KITA DAH KENA TIPU !! EII DAHLAH DUDUK SERUMAH DENGAN LELAKI EI MENYAKITKAN HATI BETUL ORANG TUA TU PATUTLAH TAK BAGI NAIK ATAS. PENIPU. "
Dahyun membebel dan membebel. Lelaki lelaki di hadapannya hanya mampu menggelengkan kepala. Momo pula hanya tersenyum kecil.
" Haa ni sekarang macam mana ni? "
Tanya Dahyun. Dipandangnya satu persatu wajah lelaki lelaki di hadapannya itu. Terdapat 8 orang semuanya.
" Hm apa kata kita kenalkan diri dulu? "
Tanya seorang lelaki berambut purple dan sedikit pendek. Dia memandang Dahyun. Dahyun mengangguk.
" Saya Kim Dahyun. Ni momo. japanise. "
Kata Dahyun. Mereka mengangguk tanda faham.
" Ermm saya woozi, yang rambut oren tu Jisoo panggil dia Joshua je. Haa yang rambut putih tu, Hoshi. Yang rambut kerinting sikit tu The 8 dia orang cina. Yang tengah baiki rambut tu Wonwoo. Yang muka cam mat salleh celup tu Vernon, yang mata lebam tu S.Coups atau seungcheol. Last, yang rambut biru tinggi gila nak mati tu Mingyu. "
Terang Woozi panjang. Dahyun dan Momo hanya mengangguk walaupun tak faham.
" Kawan kitaorang ada lagi 3 orang ni, tapi tak sampai lagi sebab cuti semester lama lagi kan. "
Kata Momo sambil tersenyum.
" Haa! Macam ni. Bahagian atas bilik korang, bahagian bawah bilik kiteorg. Cuma dapur dengan ruang tamu je share. Okay? Dan jangan masuk bilik kitaorang tanpa kebenaran. Kiteorang nak privasi. " Kata Dahyun sambil tersenyum. " Haa dah habis dah kan. "
Tibs tiba, Mingyu menyampuk.
" Erm kita buat deal nak? "
Tanya Mingyu. Dahyun dan Momo hanya memandang.
" Kitaorang susah bangun pagi, jadi kitaorang nak minta tolong korang kejutkan. Boleh? Balasan dia, Wonwoo akan masak untuk korang setiap hari. "
YOU ARE READING
My Lovely Housemate. ( malay fanfic )
RomanceDahyun yang baru berpindah ke Seoul, ingin mencari sebuah rumah sewa untuk disewa bersama rakannya, Momo iaitu dari Jepun ( bukan momok ye ) Akhirnya, mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang menawarkan sebuah banglo yang sungguh besar tapi sewany...