BAB 2

121 1 0
                                    

KLCC.

Haji Zaki mengisi waktu lapangnya bersama isteri, Hajah Fatimah berjalan-jalan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur. Persinggahan mereka yang paling lama adalah di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang sangat menarik reka bentuk dalaman dan luarannya. Pasangan suami isteri ini bergambar untuk diabadikan kenangan itu. Setiap saat bersama buat mereka berdua adalah sangat berharga dan perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Itulah kemanisan yang tersulam di dalamnya ketenangan.

"Mah, abang tengok meriah je dalam tu." Haji Zaki kehairanan.
"Itulah Mah pun pelik juga, jom masuk tengok ada apa?" Hajah Fatimah mengajak suaminya untuk masuk ke dalam Pusat Konvensyen itu.

Sememangnya sedang berlangsung pameran serta forum Hartanah dan Keusahawanan di dalamnya. Pasangan suami isteri ini meneroka satu demi satu booth yang ada, Haji Zaki seperti teringatkan seseorang.

"Mah, Abang nak buat phone call jap " jelas Haji Zaki kepada isterinya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Hajah Fatimah hanya mengangguk kemudian dia terus berjalan di sekitar kawasan pameran. Hatinya rasa tertarik. Kini dia mulai sedar kenapa anaknya Qaisara Aliya begitu meminati bidang hartanah yang justeru itu meneruskan pelajarannya dalam Jurusan Undang-undang pengkhususan kontrak dan hartanah.

Dia lekas mendapatkan suaminya yang baru saja selesai membuat panggilan telefon.

"Abang call siapa?" soalnya
"Ni ha, abang telefon Aisy" jawab Haji Zaki.
"Dia baru je konvo haritu, abang pun teringatkan dia sebab dia amik hartanah, kan?" tambahnya lagi.

"Alhamdulillah, dah konvo rupanya. Apa khabar agaknya dia?" Hajah Fatimah bertanya.

Dari nada Hajah Fatimah, Haji Zaki tahu bahawa isterinya merindui anak muda itu. Aisy seringkali menziarahi mereka berdua walaupun tanpa pengetahuan anaknya, Qaisara. Ianya merupakan permintaan Aisy sendiri agar dirahsiakan kedatangannya.

Bukit Antarabangsa,
Ampang.

"Assalamualaikum" Aisy memberikan salam.

"Waalaikumussalam" salam berbalas. Izaq Azhar keluar dari rumahnya kemudian berpelukan dengan Aisy yang merupakan rakan sebiliknya sewaktu di UiTM.

Aisy mempelawa Izaq untuk masuk ke dalam kereta yang dipinjam dari ayahnya, lalu pacuan empat rodanya dipandu keluar dari kawasan perumahan tersebut.

"So ke mana kita?" Izaq memulakan bicara. Aisy mempelawa dia untuk keluar bersama pada hujung minggu setelah masing-masing pulang sebaik saja berkonvo seminggu yang lepas.

"KL Festival City Mall" jawab Aisy tersengih.
"Kau nak shopping ke tetiba ajak aku ni?"soal Izaq.
"Alah kita duduk kat Starbucks pastu sembang masa depan" balas Aisy sambil tertawa. Tumpuannya teralih dari jalanraya, membuatkan kereta yang dipandunya termasuk ke laluan sebelah.

"Fokus lah gila bawak kereta tu!" Izaq kerisauan. Aisy hanya mengenyitkan sebelah matanya sambil tersengih. Hubungan yang akrab sejak tiga tahun yang lalu, kadang kata-kata kesat di hambur tetapi hati sendiri tidak pernah bermaksud sedemikian. Hanya menjadi pemanis bicara antara sahabat.

"Aisy"

Aisy menoleh ke arah Izaq yang duduk di tempat sebelah pemandu. Dia hanya mengerutkan dahinya.

"Kau takda suka mana-mana perempuan ke?" soal Izaq.

Aisy hanya mendiamkan diri. Dia lekas memusingkan stereng kereta, membuatkan kereta tiba-tiba membelok ke kiri dalam keadaan yang sangat mengerikan.

"Ey ey" Izaq cemas, matanya terbeliak.

"Syukur Ya Allah, kau kurniakan kawan yang sentiasa buat diriku ingat akan mati" Izaq menggosok dadanya, keluhan terhembus.

Aisy hanya tersenyum melihat gelagat rakannya itu.

TAMAN MELAWATI,
ULU KELANG.

"Mama, esok kita keluar pergi KLCC nak?" Adlina mengajak ibunya Sakinah.

Perbualan petang yang santai ini mengambil tempat di laman rumah Ibu Bapa Adlina Sofiya. Petang yang redup lagi menyamankan bagi mereka yang menghargai saat berharga yang Tuhan beri ini.

Cawan teh yang berada di atas meja hadapan Sakinah diambil lalu diteguk. Selesai saja meneguk air teh yang di bancuh oleh Orang Gaji rumahnya, Sakinah memberikan respon kepada ajakan anaknya, Adlina Sofiya.

"Ada apa dekat KLCC?"
"Lama tak?" Sakinah menanyakan kepada anaknya beberapa soalan sebelum membalas ajakan Adlina.

"Alah nak pusing-pusing sambil cari barang sikit, nak mintak mama teman"

"Lagipun dah lama tak keluar dengan mama" jelas Adlina ke atas persoalan yang diberi oleh Ibunya.

Sakinah mengangguk setuju, berat hatinya untuk menolak permintaan anak tunggalnya itu.

"Ok tapi jangan lama sangat tau?" Sakinah membalas.

"Thank you mama" Adlina bangun dari tempat duduknya lalu mendapatkan Ibunya kemudian memeluk insan itu dengan penuh erat.

"Ni nak balik hostel bila?" soal Sakinah.

"Tak nak balik" Adlina mengenyitkan matanya.

Sakinah hanya menggeleng melihat kerenah anak kesayangannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 24, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Selakan HatiWhere stories live. Discover now