Sahabat

34 2 0
                                    

"Niaa," jeritku panjang walaupun tidaklah terlalu panjang. Dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya,dia membalas panggilanku perlahan. " Syahira !" Kami berlari Anak ke arah satu sama lain. Aku mula memeluknya Dan dibalas dengan pelukan yang lebih erat. Manis.

Walaupun hanya di sekolah, namun kalau nama pun sahabat, di mana-mana pun boleh berlaku seperti tu. Tak perlu rasa peliklah. Korang pun mesti ada sahabat Dan mesti sentiasa buat macam tu.

Mak ayah aku beri nama aku Syahira. Cliché. Tapi apapun, aku tetap hargai Mak ayah aku seadanya. Aku Anak yatim, hanya ayahku tempat aku bergantung. Aku berumur 14 tahun. Berambut panjang berwarna merah keperang-perangan memandangkan ibu aku mempunyai warna rambut yang sama. Aku tinggi lampai orangnya.

Aku juga ada seorang sahabat bernama Nia. Dia sahaja yang faham aku sebenar-benarnya selain bapaku. Nia mempunyai rambut yang separa kerinting yang berwarna coklat gelap. Aku dan Nia memang dikenali sebagai orang yang sangat periang. Apa-apa pun, aku tetap sayangkan dia sebagai kawan aku yang sawan.

PopularWhere stories live. Discover now