Pergi.

179 0 0
                                    

Dia.

Kali pertama aku tau dia berlaku curang bila aku bukak myspace, ada org tag gambar dia dgn jantan yang tak aku kenal, masa tu dekat cc, kawan aku pun ada kat sebelah, mengigil tangan ni bila tgk gambar tu, aku terus log out dan blah dari cc tu, tangan aku masih menggigil, aku naik motor terus balik rumah, aku mesej dia tanya mcm-mcm, aku carutkan jugak dia macam-macam.

"perempuan murah, perempuan sial, baru sebulan kau pergi belajar situ dah ada jantan lain? apa ni?"

Dan mcm-mcm lagi kata makian yang aku hamparkan tanpa rasa belas kasihan, tanpa dia sempat memberi sebarang alasan, pedih hati aku masa ni terhiris sakit dia lagi sakit dari jatuh motor, hancur hati ni! tak sangka cinta yg disemai sejak dari bangku sekolah boleh dilupakan mcm tu je bila dah pergi belajar kat universiti ni. Aku tak puas hati! aku ajak dia jumpa untuk cerita kan semua ni, aku mintak dia terangkan sbnr nya apa hubungan dia dgn lelaki tu. Aku ugut dia..

Dan ugutan itu hanyalah membuatkan dia bertambah rasa takut untuk berjumpa, aku cuba pula pujuk dengan berlembut, aku cakap elok-elok, aku cuma nk jumpa untuk dapatkan penjelasan. Dan akhirnya dia bersetuju, kami bertemu di KL Sentral, naik monorail pulak ke Times Square, aku mula rasa yang hubungan ni dah tak macam dulu, kami tak lagi jalan berpegangan tangan, terasa kekok, sampai di Times Square, aku teman dia ke klinik.. Lepas tu kami cuma berjalan-jalan kosong. Kaku.

Aku ajak dia untuk duduk sekejap, tenang. Aku mula bertanyakan tentang gambar dia dengan lelaki dalam myspace tu.

"Siapa lelaki dengan U dalam gambar tu"

"Class mate I lah, masa tu birthday dia, dia yang tiba-tiba pegang tangan I masa ambik gambar"

"Habis tu U biar je dia pegang?"

Dia cuma diam..

Aku agak kecewa, aku mintak dia jujur kalau betul lelaki tu bf baru dia, biasa lah manusia, kalau dah ada orang lain, mana nak mengaku, Dia cuma menidak kan, aku pula berlaku jujur dengan dia.

"Kalau memang U dah ada lelaki lain, takpe.. kita putus je, biar I undur diri"

Dia menolak, konon nya masih sayangkan hubungan ni, 2 tahun setengah kami bersama, tak kan nak putus macam tu je? Dan ini bukan kali pertama aku minta putus, sudah pun kali kedua selepas kali pertama malam yang dia kantoi tu. Aku kecewa.

Dari Times Square, kami balik semula KL Sentral, Di Kl sentral.. Kami berpecah, dia bergerak ke tempat lain, aku pula pulang ke tempat lain. Tak pernah aku sangka, yang pertemuan ini, adalah pertemuan terakhir aku dengan dia, Dia hantar aku ke tren, kami bersalam.. tika aku menaiki eskalator, dia masih berdiri di bawah memerhati, aku pun masih melihat kebawah dalam eskalator bergerak naik. Dan pandangan kami terhalang sesampainya aku ke atas, Dan tak pernah jugak aku sangka, yang pandangan itu adalah pandang terakhir antara kami berdua hingga kini.

Di rumah, hati aku tetap tidak tenang, Sakit di di hulu hati seolah-olah ada sesuatu yang menikam, Ah babi betul perasaan ni, aku kembali ke cc, macam biasa bukak myspace, kali ni aku terus stalk myspace dia, aku tak bodoh, tak kan lah dia nk simpan gambar dia dgn jantan tu, aku bukak myspace kawan-kawan dia. Masa ni lah hancur luluh hati bagai ditusuk sembilu, aku tengok ada byk lg gmbr dia dgn lelaki tu, rupa-rupanya dia dengan lelaki tu memang bercinta, mereka sekelas dan baru je bersama. Aku cari pulak myspace lelaki tu dan terus mesej mintak no telefon. Kebetulan lelaki tu online dan dia terus bagi.

Aku terus kol, aku perkenalkan diri aku dan bagitau yang aku ni bf kepada si dia, lelaki ni pun terkesima, lelaki ni pun bagitau yang dia pun baru je declare dgn dia ni, dan dia menyatakan yang dia konon nya single dan dah pun lama takde bf. Pergh! Hancur lagi hati aku, dalam masa sama dia boleh bercinta dengan dua lelaki. Aku ajak lelaki ni utk berjumpa malam ni, dan lelaki ni pun bersetuju, aku bertanya sekali lagi untuk kepastian..

"Habis tu kau memang bf dia lah skg?"

"Yelah."

"Kalau macam tu, kau teruskan jelah dengan dia, aku undur diri."

Aku terus mati kan telifon dengan rasa luluh hati, tak pernah aku sangka orang yang aku cintai, yang aku percaya boleh tipu aku macam ni sekali. Patah hati ni.

Aku ambik keputusan dengan rasa kecewa, aku mesej dia, aku mintak tamatkan saja hubungan ni, dan ni lah kali ketiga aku mintak putus, teringat pula pesan kawan aku. "Kalau kau mintak putus ngan awek kau sampai 3 kali, kali ketiga tu mesti dia ya kan" .. ternyata mesej aku mintak putus kali ni di balas dengan ringkas.

"K, thanks for everything."

Pergi.Where stories live. Discover now