BAB 23

5.6K 315 12
                                    

Setelah selesai membaca surah Yassin, Ika memasukkannya kedalam laci bersebelahan dengan katil Is. Dia memandang sekilas wajah Is.

"Macam gini teruk pun rupa awak sekarang, awak tetap nampak hensem" Ika mencuit luka kecil dimuka Is.

"Cepat sembuh tau. Kata nak kahwin dengan saya" Ika tersenyum. Pintu bilik wad dibuka dari luar. Puan Sri Zalea, Tan Sri Zuraidi dan Zaira menghampiri katil Is. Ika bangun menyalami orang tua Is lalu mendekati Zaira yang tersenyum riang kearahnya. Puan Sri Zalea duduk dikerusi lalu mengusap lembut tangan Is. Hatinya sebak melihatkan keadaan Is sebegini.

"Ika mama nak cakap kejap dengan Ika dekat luar?" Puan Sri Zalea menghampiri Ika lalu dipegang erat lengannya sebelum keluar dari bilik wad.

Puan Sri Zalea menghembus nafas perlahan setelah melabuhkan punggung dikerusi panjang. Ika masih setia menanti kata-kata yang bakal diucap Puan Sri Zalea.

"Mama rasa better Ika pergi sambung belajar" Puan Sri Zalea memulakan bicara. Ika mengerutkan kening.

"Tapi kenapa ma? Ika nak jaga Is bukan sambung belajar" luah Ika agak kecewa.

"Mama tahu..cuma mama takut bila Is dah sedar, Is akan membenci Ika dan buang Ika dari hidup dia. And mama tak nak Ika terluka" Ika menggeleng kecewa. Bagai mana dia boleh tinggalkan Is sedangkan hatinya sudah terbuka untuk mencintai Is.

"Ika pun tahukan yang kecederaan dekat kepala Is amat teruk?" Ika mengangguk. Hatinya dilanda hiba. Dia tidak mahu meninggalkan Is dalam keadaan begini.

"And you know what I mean, right?" air mata Ika mengalir. Dia mengesat perlahan. Puan Sri Zalea memeluk Ika erat. Terhinjut-hinjut badannya. Puan Sri Zalea mengusap belakang badan Ika.

"I am so sorry sayang..maafkan mama. Ini semua demi kebaikan Ika dan Is" Ika mengangguk faham. Ya, dia harus melepaskan Is daripada dibenci Is kelak. Doktor juga sudah memberi amaran mungkin Is akan hilang ingatan apabila dia sedar. Is berkemungkinan tidak mengenali dirinya, keluarga dia sendiri dan orang yang paling dia sayang.

"Ma..tak boleh ke kalau Ika terus jaga Is? Ika sayangkan Is ma.." air matanya mengalir lagi. Puan Sri Zalea jatuh kesian tatkala mendengar luahan Ika. Dia mengelap air mata Ika menggunakan tangan. Dia berfikir sejenak.

"Okey macam ni.." Ika memandang wajah Puan Sri Zalea.

"Kalau jodoh Ika dengan Is kuat, Is pasti cari Ika. Believe me.."

"Kalau tak?" Ika menyoal. Puan Sri Zalea menggeleng kepala.

"No Ika.. Hati mama mengatakan Ika jodoh Is. Instinct of mother always right sayang..tapi Ika kena banyak bersabar. Ini semua dugaan. Manusia takkan lari daripada ujian, Ika.." jelas Puan Sri Zalea. Tangan Ika digenggam erat.

"Tapi..tak boleh ke kalau Ika jaga Is sementara dia belum sedar? Nanti bila dia dah sedar, Ika keluar dari hidup dia"

"No sayang..Is akan sedar bila-bila masa je. Thats gonna hurt you. Ika anggap Is dengan Ika mempunyai hubungan jarak jauh. Boleh sayang?" Baru dia tahu betapa peritnya terpaksa tinggalkan orang yang kita sayang. Air matanya jatuh lagi. Zaira mendekati Ika lalu memeluk Ika erat.

*****

Hajah Aishah menghampiri anak daranya yang leka melipat baju. Ika tersenyum nipis apabila maknya duduk disebelahnya diatas katil. Ika memasukkan beberapa helai baju yang telah siap dilipat ke dalam beg pakaian.

"Akak nanti kat sana kena jaga diri, jaga solat..jangan lupa pulak mak kat kampung ni ha.." Ika ketawa kecil lalu memeluk maknya erat.

"Ye mak..mak jangan risau. Nanti akak selalu tepon mak tanya khabar" Hajah Aishah membalas pelukan anaknya. Terasa berat hatinya mahu melepaskan anak daranya itu. Apatah lagi di bandar besar itu. Macam-macam perkara boleh berlaku disana. Hajah Aishah segera menepis fikiran negatifnya. Dia tahu Ika mampu menjaga dirinya sendiri.

Mr.Amnesia (Akan Dipadam)Where stories live. Discover now