BAB 29

6.1K 362 26
                                    

Setelah sampai di Berjaya Times Square, Is dan adiknya jalan beriringan masuk ke dalam bangunan itu. Is kelihatan sangat segak dengan pakaian kemeja kelabunya yang muat-muat badan. Terserlah tubuh badannya yang tegap dan berotot itu. Zaira hanya mengenakan baju lengan panjang bersama skinny jeans biru. Rambut yang ikal dilepaskan paras bahu.

Mereka menuju kearah sebuah kedai buku. "Abang Is nak masuk sekali ke? Bel nak cari buku rujukan kejap" soal Zaira sambil membetul-betulkan rambutnya. Is hanya menggeleng.

"Tunggu jap tau! Satu je buku yang Bel nak cari" Is mengangguk perlahan. Dia menunggu penuh sabar. Sedang dia leka memerhati keadaan sekeliling, dia terpandang susuk tubuh yang amat dia kenali. Langkahnya terus diatur tanpa sedar. Is menepuk perlahan bahu orang itu dan apabila orang itu berpaling, alangkah terkejutnya Is. Wajahnya bertukar gembira.

"Affiq! Long time no see.." ujar Is mesra sambil bersalaman dengan kawan karibnya itu. Affiq Mikael juga kelihatan gembira berjumpa dengan Is.

"Ha'ahh..Is apa khabar kau? Dah lama siot tak jumpa kau. Rindu kau tahu tak!" Affiq Mikael terus memeluk Is erat. Is ketawa.

"Pergh! Badan makin sado ahh kau! Ceh! Makin hensem!" puji Affiq Mikael terus terang sambil memegang lengan ketak Is. Is ketawa lagi.

"Eleh..kau pun sama. Dah makin hensem..eh kau bukan cikgu ke? Kau ajar dekat mana?"

"Dulu aku cikgu. Sekarang aku jadi proffesor kat UiTM. Kau apa citer? Huntunglah dah jadi dato'.." perli Affiq Mikael sambil menyiku perut Is. Is gelak sakan.

"Mana ada..biasa-biasa je. Kau ni bila nak kahwin? Aku nak rasa nasi minyak kau tahu tak!" soal Is teruja. Nama pun kawan karib mestilah teruja bila jumpa semula.

Is dan Affiq Mikael dulu pernah bersekolah ditempat yang sama. Mereka juga turut belajar di kolej yang sama tapi khursus yang berlainan. Mereka jadi rapat kerana hubungan kekeluargaan yang terbina sejak kecil. Mereka sudah seperti adik beradik setiap kali bersua-muka. Tetapi setelah Affiq Mikael kematian mama dan papanya, dia membawa diri ke negeri orang untuk hidup berdikari. Dengan kelulusan yang dia ada, dia menjadi guru sementara disekolah Ika. Hubungan Affiq Mikael dan Is sebagai kawan rapat tetap seperti dulu walaupun mereka jarang berhubung.

"Dalam proses ahh bro. Kau dululah. Takkan tak jumpa lagi pujaan hati?" kata Affiq Mikael mengingatkan Is kepada Ika. Eh, asal otak aku boleh keluar muka perempuan tu pulak? Desis hatinya. Is ketawa perlahan.

"Wah..untunglah dah ada buah hati. Aku belum jumpa lagi. Malas aku nak fikir. Aku tak nak pisang berbuah dua kali" Affiq Mikael mengangguk faham. Bukan dia tak tahu apa yang berlaku antara Sarah dan Is. Cuma dia tidak mahu menyakitkan hati kawannya apabila nama Sarah disebut.

"Eh..siapa pompuan malang yang boleh terjatuh cintan dengan kau ni? Citer arr sikit.." Is cuba mengorek rahsia Affiq Mikael. Affiq Mikael tersengih malu. Bayangan wajah manis Ika sentiasa bermain difikirannya. Tangannya mengurut tengkuk perlahan. Is ketawa apabila melihat muka miang Affiq Mikael.

"Ish! Bahaya kau ni. Kena kahwin cepat. Nama dia siapa?" soal Is lagi.

"Nama dia Aireen Zulaikha..student akulah. Aku memang dah lama syok dekat dia" Is mengerut kening. Nama 'Aireen' yang disebut Affiq Mikael itu seakan dia pernah dengar nama itu. Tapi di mana ya?

"Aireen Zulaikha?" soal Is lagi. Affiq Mikael mengangguk sambil tersenyum.

"Mesti dia cantikkan?" duga Is. Affiq Mikael tersengih lagi. Dia terbayangkan mata Ika yang cantik bersama sepasang bibir yang munggil. Sesiapa sahaja yang pandang, pasti akan jatuh suka.

"Woi! Dah-dahlah tu..kahwin dulu, baru boleh bayangkan benda-benda tu" sakat Is lalu ketawa. Affiq Mikael menggaru kepala yang tidak gatal. Malu sebentar dia dengan Is.

Mr.Amnesia (Akan Dipadam)Where stories live. Discover now