That Guy.

48 1 0
                                    

Azimah. Kakak aku. Perginya dia meninggalkan seorang suami dan seorang anak bernama Arissa. Di saat aku sedang menyambung pengajian aku ke peringkat Degree di Jepun, aku terpaksa mengambil Arissa sebagai anak angkat aku kerana Bang Long tak mampu untuk menjaganya. Selama ini pun, dia asyik outstation. Dia out station pun selalu dekat Jepun sebab syarikat dia join dengan syarakat Jepun.

Nak mengharapkan anak beranak yang lain, Bang Long anak yatim piatu, kakak seorang tapi tak rapat dengan Arissa. Mak bapak aku? Arissa tu dah empat tahun, kesian diorang nak jaga.

Aku seorang je macam layak nak jaga dia. Aku ni kira macam mak sedara kesayangan dia. Disebabkan aku ni agak selalu lawat dia, ada satu tahap tu dia panggil aku Ibu.

Long story short, degree aku berjalan macam biasa. Ada masa, Bang Long datang. Setiap bulan dia bank in duit untuk jaga Arissa dan perbelanjaan aku. Kira ok lah kot? Jadual aku pula, alhamdulillah sangat tak padat.

Malam ni, aku ingat nak jalan-jalan dengan Arissa sebab kesian dia duduk dengan housemate aku je memerap.

_____

"Arissa, jom pegi tengok kedai tu nak? Dengar cerita orang yang Malaysia bukak. Jom! Rindu la nak tengok sesuatu dari Malaysia"

"Jom Ibu! Arissa rindu jugak Malaysia"

____

"Wau, kedai Malaysia. Banyaknya barang Malaysia. Jajan Malaysia, mee segera Malaysiaaaa!!!"

"Ha ah lah Ibu. Turunkan Arissa lah. Arissa nak jalan. Nak tengok sendiri"

Aku menurunkan Arissa dari dukungan. Aku tengok ke arah sekeliling dengan teruja. Tapi aku dan Arissa langsung tak beli apa-apa. Sebab rasa macam tak perlu. Banyak sangat jajan. Jajan kat rumah pun tak habis lagi.

Dalam perjalanan balik ke rumah, aku mendukung Arissa kerana dia sudah agak mengantuk. Takpelah. Lagipun tengah musim sejuk ni. Kalau saling peluk macam ni, kurang sikit sejuk.

Aku berjalan dengan perlahan. Budak Arissa ni dah berat. Apa bebudak housemate aku kasi ni? Aduh. Penat.

*Kruuuuk- kruuuuk--*

Perut aku berbunyi. Alamak lapar pulak. Musim sejuk ni memang aku cepat lapar. Aduh. Ok ok. Jalan cepat sikit Fatimah. Tadi ada mee sup bebudak tu masak banyak lagi. Fuuuhh sabar. Fuuuuh lapar.

Aku berjalan melepasi kedai-kedai makanan, aku terlanggar bahu seseorang.

Eh? Macam kenal pula aku dengan dia ni. Bukan ni Dennis Chen ke? Classmate aku masa sekolah menengah dekat Malaysia dulu? Keciknya dunia, dengan dia pun aku boleh terserempak kat sini?

"Ibu, Arissa lapar"

Eh, terbangun pula dia ni. Mungkin sebab collision aku dengan lelaki ni. Eh, tinggalkan fizik di dalam kelas, Fatimah. Tinggalkan, jangan bawak keluar.

"Fatimah, eh kan? Awak Fatimah kan? Ni saya Dennis. Kelas sama dengan awak dulu. Ingat tak?"

"Dennis, hai. Lama tak jumpa. Buat apa ni?"

"Baru lepas cari makan. Sekarang saya dah jadi vegetarian. Tadi food hunt cari the best vegetarian food, saya ingat nak makan dekat taman sana", Dennis menunjuk ke arah taman permainan yang berdekatan di tempat kami berdiri. Tangan kirinya penuh plastik berisi makanan.

"Oh yeke. Haha saya pulak on the way nak balik ni."

"Ibu... lapar", aku terlupa Arissa berada di dukunganku.

"Jap ye. Nanti kita balik". Dennis melihat kearah aku dengan sedikit keliru. Yelah, aku baru umur 20 tahun. Dah ada 'anak' empat tahun. Bila masa aku mengandung?

"Awak, saya kena balik. Nanti kita sembang lagi ye. Bye", aku melambai Dennis.

Sedang aku berjalan, tiba-tiba,

"Miss, miss.. someone gave this to you"

"Thanks, but who?"

"That guy", budak lelaki tu menunjuk ke arah Dennis. Dia sedang membelakangi aku, melangkah pergi.

"He said that he'll give me 500 yen if I pass this to you. He also said that, don't tell you it was from him. Ooooopps!", budak lelaki itu menutup mulutnya sendiri menggunakan tangan.

"It's ok. Arigatou" aku senyum ke arah budak lelaki itu.

"Dou itashi mashite", budak itu membalas dan berlari ke arah budak yang aku kira sama umur dengannya.

Haih, bulat betul budak tu. Macam Shin Chan. Ni Arissa ni, sikit masa lagi boleh bulat macam si Shin Chan ni jugak. Boleh pula dia pun terlapar.

"Ibu... laparlah. Jomlah makan".

Aku menolah ke arah Dennis. Walaupun dia semakin menjauh, aku tahu arah tuju dia.

Why not?

______________________________________

*Beberapa tahun lepas*

"Fatimah, Dennis suka kamu. Dia ada bagitau saya semalam", Dennis menekup mulut Andrew dari belakang untuk menghalangnya dari terus bercakap.

"Mana ada, dia gurau saje", Dennis tersengih kepada aku.

Aku tak tau nak bagi reaksi macam mana. Aku pun sengih je la balik dan balas, "Ok".

Haih. Nak SPM ni. Memain pulak diorang ni.

Short storiesWhere stories live. Discover now