Wahai kaum Adam sekalian
Kenapa engkau suka bermain kata
Padahal kau tahu setiap ungkapan mu hanyalah fantasi
Engkau beri harapan palsu
Engkau menipu
Engkau rasa ayat manismu mampu membuat perempuan hanyutTapi barangkali kau silap
Tidak semua akan dibuai lena oleh kata manismu
Mungkin kau anggap kami lemah
Tetapi jangan sesekali kau menyakiti hati kami
Kau mahu tahu sebab apa?Sebab jika hati kami terusik, kau tak akan boleh expect apa yang kami akan lakukan.
*maafkan saya kalau entry kali ni agak sentap sikit. Tetapi entry ni saya tujukan untuk kaum adam yang berperangai begini. Bukan semua. Harap maklum.*
YOU ARE READING
Bait
PoetryAku manusia biasa Menegur jika mampu Menasihat jika perlu Aku tidaklah sehebat SITI KHADIJAH Aku tidaklah sehebat FATIMAH AZ-ZAHRA Tetapi aku cuba untuk menjadi muslimah yang mampu berbakti kepada agama. ✨