Penat terukir di muka
Tapi aku tidak pernah telan
Bahkan ianya menyakitkan
Tapi ku sanggup tahanBenar menyintai seseorang itu fitrah
Namun tak semua indah
Kadang aku sudah pasrah
Biarlah ia menjadi sejarahLafaz dan janji madah bertaburan
Kadang semuanya adalah rekaan
Bersabarlah teman itu dugaan
Semoga cepat mendapat akhiranBunga bukan sekuntum
Kumbang apalah kiranya
Hati janganlah dikulum
Kelak kau terima padahnyaPelangi itu indah
Jika didatangi selepas hujan
Namun hati itu payah
Bila kau telah punahkanBila mulut berbicara manis
Semanis gula kadar gulanya
Bila hati sudah menepis
Pulangkanya ia dengan sebaiknya.1128
-MSBM-
YOU ARE READING
Bait
PoetryAku manusia biasa Menegur jika mampu Menasihat jika perlu Aku tidaklah sehebat SITI KHADIJAH Aku tidaklah sehebat FATIMAH AZ-ZAHRA Tetapi aku cuba untuk menjadi muslimah yang mampu berbakti kepada agama. ✨