A-yo, Death_SILence's here~ /grin/
I've edit the first part of this book and I cut that fighting scene from before into 2 part, so I'd hope you all enjoy it.
Happy reading~ :).
*****
Hyerin's Room, Sabah
Hyerin membuka tingkap bilik seluas-luasnya. Kehangatan bilik tidur yang tadinya membahang, berkurangan sedikit demi sedikit apabila angin malam menerjah masuk. Dia membiarkan udara malam menjamah mukanya, terasa selesa dan nyaman. Dilihatnya bintang dilangit berkerdipan dengan gembiranya. Kicauan mergastua malam menghiasi keindahan dan kedamaian kampungnya bermukim.
Jam di dinding terus berdetak, namun matanya masih juga tidak mahu pejam walaupun badannya keletihan setelah seharian penat bekerja membantu adiknya menyiapkan kain tempahan batik untuk majlis yang akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi. Hyerin menongkat dagu di balkoni luar biliknya, menikmati suasana malam yang indah, kelip-kelip berterbangan mencari pasangan. Hyerin ia tidak dapat menikmati semua itu apabila dia sudah kembali ke vila mereka di Jepun yang terletak di tepi pantai. Di Jepun, deruan ombak memukul pantai menemani malam yang sunyi dan tenang. Fikiran Hyerin melayang, teringatkan 3 orang sahabatnya di Jepun. Hari itu genaplah sudah sebulan dia berada di Sabah, meninggalkan negara kelahiran ayahnya, Jepun.
-FLASH BACK-
Villa de Rossa, Jepun
Sudah sebulan berlalu sejak mereka pulang dari Sabah setelah selesai melaksanakan tugas collaboration mereka menumpaskan sindiket Bloody Rain. Kini, Hyerin juga sudah boleh tidur dengan lena kerana tiada lagi mimpi-mimpi ngeri menggangu tidur malamnya. Suasana malam di Villa de Rossa kelihatan tenang dan damai. Mereka berempat berjalan di pesisiran pantai dengan hanya diterangi cahaya bulan. Sambil berbaring mencantum kepala,mereka melihat bulan dan bintang menghiasi dada langit. Bayu segar bertiup lembut, membuatkan mereka tersenyum sambil menikmati keindahan malam.
Ran dengan gaya kontrolnya memakai headset ditelinga sambil mendengar lagu tema drama Full House kegemarannya. Lara dan Eori pula sememangnya sekepala, sentiasa dengan telatah-telatah nakal dan lucu mereka. Manakala Hyerin yang sememangnya pendiam, tidak senang jika tidak mendengar lagu-lagu kegemarannya yang dinyanyikan oleh favorite bandboy Koreanya, Infinite dan SS501, dan akan bermain game di handphonenya jika dia bosan.
Kedinginan malam membuatkan mereka memilih untuk mengenakan sweater yang sama sebelum keluar berjalan di pantai. Mereka duduk mengelilingi unggun api dan saat itu mengambil peluang untuk berbicara kerana moment seperti itu amatlah rare kerana mereka masing-masing sibuk dengan kerja pada hari-hari biasa. Mereka meluahkan perasaan masing-masing. Gelak tawa, tangisan yang hiba, mereka kongsikan bersama. Villa de Rossa yang terletak di tepi laut, tersergam indah dengan impian dan cita yang berada di depan mata.
Tiba-tiba...
Lara yang menghilangkan diri sebentar tadi muncul semula dengan kek keju kegemaran Eori yang meraihkan hari lahirnya pada hari itu. Mereka berempat berkejaran di pesisir pantai apabila Lara ingin mencalitkan krim kek ke pipi mereka, tetapi mereka berhenti apabila si birthday girl jatuh tersadung. Mereka mendekati Eori yang tertinggal di belakang, risau dengan keadaan Eori yang terjatuh. Ran,Lara dan Hyerin mengambil keputusan untuk memapah Eori yang terseliuh untuk duduk semula mengelilingi unggun api. Walaupun begitu, mereka tetap gembira biar pun Lara berjaya menyapukan sedikit krim ke pipi ketiga-tiga sahabatnya itu secara mengejut. Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menyanyi bersama dengan diiringi lagu dari iPod milik Hyerin, untuk tidak membiarkan peluang mereka berkumpul di malam yang indah lagi tenang walaupun sedikit dingin. Dan malam, ia memberikan ketenangan, kegembiraan dan kepuasan buat 4 sekawan tersebut.
YOU ARE READING
©Hyerin's Revenge 2 (Malay Fanfic)
FanfictionSNIPPET: Hyerin menyedut nafas dalam-dalam melalui hidung, sebelum perlahan-lahan dilepaskan melalui mulut. Matanya tepat merenung ke arah mata Hakimi. Tidak lain tujuannya untuk memerhati arah tumpuan matanya, kerana dia ingin membaca pergerakan Ha...