🌸 Chapter 8: Jungkook's Love

752 35 4
                                    

Keesokannya...

"Minyoon, awak pergi mana semalam?" Tanya Jungkook hairan.

Minyoon hanya mengendahkan soalan Jungkook sebaliknya berjalan terus ke tempat duduknya tanpa menghirau Jungkook.

"Kau kena terima Jungkook hanya anggap kau sebagai kawan dia!"

"Cikgu boleh saya berjumpa dengan Jungkook." Kata Jimin.

Jungkook berjalan keluar mengikut Jimin. Minyoon yang sedar akan ketiadaan Jungkook pantas meminta diri untuk ke tandas.

Minyoon mengikut setiap langkah Jungkook dan Jimin.

"Dia ada dekat hospital sekarang." Kata Jimin membuatkan JungKook jatuh rebah. "Keadaan dia teruk ke?" Tanya Jungkook.

"Doktor cakap dia mungkin takkan sedarkan diri buat masa ni." Terang Jimin. Minyoon yan terdengar perbualan mereka turut terkejut dengan situasi tersebut.

"Andwae! Noona tak boleh tinggalkan aku." Kata Jungkook sambil mengalirkan airmata. Jimin yang berada ditepinya cuba menenangkan rakannya itu.

"Hospital mana?" Tanya Jungkook lagi. "Daejoon." Jawab Jimin ringkas.

"Dia janji dengan aku yang dia akan dengar luahan perasaan aku ni, dia janji jimin." Kata Jungkook dalam esakan. "Aku tahu tu, tapi kau kena kuat demi dia." Kata jimin sambil memeluk rakannya itu.

"Kalau aku tahu semua benda akan terjadi! Aku takkan biarkan dia pergi dekat sana." Luah Jungkook.

Minyoon jadi tertanya tanya siapakah gadis yang bertahkta di hati Jungkook sehingga membuatkan dia menangis teruk dan kenapa dia panggil 'Noona.'

"Jimin, teman aku kesana." Kata Jungkook.

"Baiklah." Balas jimin sebelum beredar bersama Jungkook.

Minyoon hanya mengikut setiap langkah mereka berdua. Dia turut mengikut Jungkook dan jimin ke Hospital namun mereka berdua masih tidak menyedari kehadiran Minyoon.

"Matilah aku kalau Appa tahu aku ponteng kelas."

Minyoon mengikut Jungkook ke wad Vip yang dikhas untuk orang tertentu sahaja. Ini adalah kali pertama Minyoon melihat Jungkook menangis sampai begitu sekali. Jungkook memeluk gadis yang terbaring di atas katil itu.

"Andwae! Noona tak boleh tinggalkan Kook. Noona janji lepas balik noona nak dengar luahan perasaan Kook." Kata JungKook.

Minyoon yang tidak tahan mendengar kata kata jungkook berlalu meninggalkan wad tersebut. Minyoon mensngis semahunya kerana benar Jungkook tidak pernah menganggap dia lebih daripada seorang kawan.

"Kau kena sedar diri Minyoon! Dia tak pandang pun orang macam kau!" Kata Minyoon pada diri sendiri.

『C』❁ My Charming OppaWhere stories live. Discover now