Makmal Komputer

320 10 0
                                    

Subjek Komputer merupakan subjek yang paling membosankan bagi Hani. "Buat apa nak belajar pasal komponen komputer semua ni, rosak hantar kedai je laa", gumam Hani kepada rakannya Maria.

Tambahan pula, pensyarah yang mengajar subjek tersebut merupakan wanita mengandung yang psycho lagi menggerunkan. Pelajar langsung tidak dibenarkan berbual. Bahkan jika ada yang memandang ke arah lain ketika sesi pengajaran juga boleh menaikkan suhu dalaman wanita tersebut sehingga segala sesi pengajaran boleh bertukar menjadi sesi penceramahan.

"Kau tahu tak Madam Zura dah bersalin? Kita dapat pensyarah lain lepas ni", kata Maria dengan penuh keterujaan sambil membetulkan rambutnya yang terkeluar dari tudung.

"Bagus la nenek sihir tu dah takde. Stress aku duduk dalam kelas dia. By the way, kau tahu tak siapa pensyarah ganti tu?"

"Hmm, mengikut information dari 3 gedik sekawan, pensyarah ganti kita ni lelaki. Tapi tua ke muda, hensem ke tidak aku tak tanya la pulak."

"Wow. Lelaki." Hani tersenyum sumbing sambil membayangkan pensyarah tersebut seorang yang hensem, baik hati, kaya raya, beriman dan mereka berdua jatuh cinta lalu berkahwin dan hidup bahagia selamanya hingga ke Jannah.

Tiba-tiba pintu kelas dibuka. Impian dan harapan Hani hancur musnah menjadi debu lalu ditiup angin sepoi-sepoi bahasa tatkala melihat pensyarah tersebut merupakan seorang lelaki tua yang berbadan besar dan rambutnya botak di tengah. Maka kemurungan pun melanda diri Hani dan membuatkan sel-sel otaknya tidak dapat berhubung.

"Ehemm, selamat pagi semua. Nama saya Rozaidi. Tapi kamu semua boleh panggil saya Sir Roy." kata pensyarah tersebut dengan penuh angkuh, riak, takbur, ujub serta bongkak.

"heh, Sir Roy konon. Boroi je aku tengok dia tu." kata Hani dengan penuh jelik.

"Yang kat belakang tu, kamu ada cakap apa-apa ke?"

"Ehh. Takde laa Sir. Saya kurang dengar je. Maklum laa jauh kan. Pastu saya lupa nak korek telinga malam tadi. Tu yang pekak sikit," bohong Hani bagi mengelakkan kekantoian.

"Ohh, kamu berdua boleh pindah cari tempat kosong. Jangan asyik nak berkepit berdua je." kata Sir Roy sambil mengibas rambutnya ala ala iklan shampoo clear anti kelemumur yang sedang popular dengan menggunakan Cristiano Ronaldo sebagai modelnya. Hmm, harap muka je hensem CR tu, rambut berkelemumur rupanya.

"Ishh kecoh betul la si boroi ni. Nampaknya kita terpaksa la berpisah Maria. Aku takkan lupakan kau. Ingat aku dalam doa mu. Sob sobs."

"Hani, kau ok tak? Kita ni nak pisah tempat duduk je. Bukannya berpisah roh dari jasad. Kang ada makan siku kang kau ni." balas Maria yang malas hendak melayan karenah Hani yang agak aneh itu.

"Hmm, nak buat sweet pun dah tak boleh dah sekarang ni. Sikit-sikit nak marah. Hmm," rajuk Hani sambil memuncungkan mulutnya.

"Haa asal merajuk je buat mulut macam tu. Nasib baik la kau ni comel tau tak. Dah dah. Aku duduk sebelah Peah ni. Kau cari la tempat duduk. Kang mengamuk pulak si boroi tu."

Hani memerhatikan sekeliling kelas. Terdapat tiga tempat kosong pada pemerhatiannya. Satu bersebelahan dengan Syarifah si free hair yang terkenal dengan masalah kutu dan awal-awal lagi sudah di reject nya. Satu lagi bersebelahan dengan Fina gadis gedik yang gemar bersolek dan perasan diva. Itu juga telah di reject Hani kerana dia mempunyai masalah peribadi dengan Fina sejak semester 1 lagi gara-gara berebut katil double decker.

"Hmm, nampaknya tinggal satu tempat kosong je lagi," bisik Hani di dalam hati. Seakan mendengar bisikan hati Hani, Zarul menoleh dan mengajak Hani untuk duduk bersebelahannya. Tanpa ragu-ragu, Hani terus menuju ke tempat duduk tersebut sambil mengucapkan syukur di dalam hati kerana telah terselamat dari Si Gedik dan juga Si Berkutu.

Tanpa Hani sedari, segala-galanya akan berubah pada hari itu. Hari di mana pertama kali dia ditegur dan duduk bersebelahan Zarul, seorang lelaki pendiam dan penuh misteri.

Lelaki MisteriWhere stories live. Discover now