Balasan

216 7 0
                                    

"Kau tinggal kat rumah sewa atas bukit tu ke?" tanya Zarul.

"Aah. Mana kau tahu? Kau skodeng aku ke? Haaa baik ngaku cepat. Mesti selama ni kau ada simpan perasaan kat aku kan? Huhuu."

"Perasaan apa pulak? Kuat perasan la kau ni. Hishh. Aku tanya sebab aku ternampak kau kat kedai atas bukit tu minggu lepas." Jawab Zarul.

"Ingatkan kau intip aku, baru nak acah hot tadi. Hehee. Tapi kan, kau buat apa kat situ? Kan kedai tu jauh gila dari rumah kau?" Tanya Hani sambil menongkat dagu.

"Tu bukan hal kau. Dah la malas nak layan. Baik aku dengar apa Sir Roy ni cakap."

"Elehh dia yang start borak dengan kita tadi. Malas nak layan konon. Hehh meluat betul." Gumam Hani dengan nada perlahan.

"Aku dengar kot." Kata Zarul sambil mengecilkan matanya.

"Ehemm. Awak yang tak korek telinga tadi tu. Dengar ke tak apa yang saya ajar ni?" Tanya Sir Roy tiba-tiba.

"Sir cakap dengan saya ke?" Tanya Hani sambil membuat muka seposen.

"Ehh takde laa, saya cakap dengan kerusi. Kerusi kerusi, kerusi faham tak apa yang saya ajar?"

"Amboi Sir. Perlian Sir tu menusuk kalbu betul. Hehee."

"Dah. Jangan asyik nak berbual je. Cuba laa fokus sikit apa yang saya ajar ni."

"Ai ai kapten." Kata Hani dengan penuh semangat sambil memberikan tabik hormat.

*******

Selesai saja kelas komputer, Hani terus bergegas keluar dan menuju ke kafeteria. Semasa Hani tergesa-gesa berjalan, Hani terlanggar seorang lelaki dan menyebabkan dia terjatuh.

"Alamak. Sorry sorry. Saya betul-betul tak sengaja." Hani meminta maaf sambil membantu mengemas barang-barang lelaki tersebut.

"Kau ni buta ke haa? Tak nampak ke aku tengah jalan kat sini tadi? Habis bersepah dah barang aku. Lain kali jalan tu pakai mata laa bodoh. Menyusahkan betul laa." Herdik lelaki itu dengan lantang tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

"Sa sa saya mi minta ma maaf." Jawab Hani tergagap kerana terperanjat diherdik tadi.

"Maaf maaf. Senang je kau cakap kan. Ni kalau barang aku rosak macam mana? Kau nak ganti ke haa?" Tanya lelaki tersebut sambil menunjal kepala Hani.

Tiba-tiba...

Dushh. Satu tumbukan singgah ke perut lelaki tersebut hingga menyebabkan dia terjatuh.

"Tu sebab kau herdik dia depan orang ramai tadi."

Belum sempat lelaki itu bangun satu lagi tumbukan hinggap pula di mukanya.

"Dan ni pulak sebab kau tunjal kepala dia. Lain kali tolong hormat perempuan. Bukannya dia sengaja nak langgar kau."

Hani tergamam melihat perlakuan Zarul yang cuba membelanya tadi. Pelajar lain mula berkerumum memenuhi kawasan kafeteria bagi melihat pergaduhan tersebut.

"Dah Hani. Jom kita pergi." Kata Zarul sambil menarik tangan Hani setelah melihat keadaan kafeteria yang semakin hinggar binggar itu. Hani yang masih terkejut hanya mampu menurut tanpa sebarang bantahan.

*******

"Kenapa kau tumbuk dia?" tanya Hani.

"Dah tu kau nak aku cium dia ke lepas apa dia buat kat kau tu?"

"Bukan tu maksud aku. Hmm takpe laa. Terima kasih sebab tolong aku tadi. Kalau takde kau aku pun tak tahu apa yang akan jadi." Kata Hani dengan penuh keikhlasan.

"Terima kasih je?"

"Err dah tu? Nak aku belanja makan ke? Jom laa."

"Hahaa. Hani Hani.. Setakat makan tu aku masih mampu la. Aku dah tolong kau. Sekarang kau pulak yang kena tolong aku." Balas Zarul sambil tersenyum sumbing.

"Apa maksud kau? Jangan ckp kau nak..." tanya Hani penuh ketakutan.

"Kau ni suka fikir yang bukan-bukan laa. Adoi."

"Kau laa yang buat muka jahat tu. Ahh benci laa," jawab Hani sambil membuat muka merajuk.

"Jangan laa merajuk Hani. Aku nak mintak tolong ni."

"Cakap laa nak mintak tolong apa. Kalau boleh tolong insyaAllah aku tolong," jawab Hani seikhlas hati.

"Ok. Tapi kau jangan salah faham pulak tau. Cuti raya cina nanti rumah sewa kau kosong tak? Aku ingat nak tumpang rumah sewa kau cuti nanti."

"Gila. Dah kenapa wehh? Mak kau halau kau ke apa?"

"Pehh mulut kau memang puaka dari kecik ke Hani?" balas Zarul bengang.

"Aku main-main je laa. Tapi kenapa nak tumpang rumah sewa aku pulak?"

"Aku ada hal sikit. Jangan risau laa, aku tak buat benda yang bukan-bukan pun."

"Aku bukan tak nak bagi. Tapi kau pun tahu kan bukannya aku sorang je yang tinggal kat situ. Nanti apa pulak cakap yang lain."

"Jangan bagi tahu yang lain. Ni antara kau dan aku je. Aku janji tak usik barang-barang korang. Sumpah." Ujar Zarul sambil mengangkat tangan kanannya separas bahu lagak budak-budak sekolah yang berikrar.

"Adoi, serba salah laa. Nanti aku bagi jawapan boleh? Biar aku fikir masak-masak garing-garing hangit-hangit dulu." balas Hani.

"Aku harap sangat kau boleh tolong aku." jawab Zarul sambil berlalu pergi.

Hani termenung memikirkan perbualannya dengan Zarul sebentar tadi. Dia teringat pesanan maknya dahulu. "Jangan terhutang budi, nanti tergadai body." Tapi sekarang ni bukannya body yang tergadai, rumah sewa yang menjadi taruhan.

"Ni kalau Pak Seman tahu aku nak bawak masuk jantan memang masak aku dikerjakan. Adoii." bisik Hani di dalam hatinya.

Tiba-tiba Hani terdengar bunyi seakan petir yang maha kuat. "Ya ampun, apaan sih itu?" kata Hani dengan slang yang ditirunya dari drama-drama Indonesia yang ditontonnya di TV9 dekat di hati. Puas Hani menoleh sekeliling namun tiada apa yang mencurigakannya.

"Aneh sih, bunyi apaan tadi yang aku denger?" ujar Hani perlahan dan masih lagi mengekalkan dialek tersebut.

Bunyi tersebut datang lagi tetapi kali ini dengan agak perlahan. Kali ini Hani berjaya menangkap bunyi tersebut datang dari mana.

"Hawau betul laa. Bunyi perut aku rupanya," kata Hani sambil tersengih kambing lantas memecut bak Usain Bolt menuju ke kedai makan berhampiran dengan kelajuan 60km/j.

Lelaki MisteriWhere stories live. Discover now