Perjanjian

196 9 0
                                    

"Cuti raya cina nanti korang dah ada plan ke?" tanya Hani.

"Aku ikut Leeya balik Perak kot. Parents aku tak balik dari Jepun lagi. Tak sanggup aku nak mereput dengan Mak Kiah je cuti nanti," jawab Naina. Naina merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang mewah dan berada, Naina tetap merasa kesepian kerana dia sering ditinggalkan oleh ibu bapanya yang kerap bekerja di luar negara.

"Kau balik Melaka tak Hani? Kalau tak balik jom laa ikut kami sekali," pelawa Leeya seikhlas hati.

"Aku tak sure lagi laa. Niat tu memang nak balik tapi aku kena siapkan filem pendek sebelum hujung bulan ni."

"Dah tu takkan la kau nak tinggal sorang-sorang kat rumah ni?"

"Eh gila. Memang tak laa nak tinggal sorang. Kau ingat kawan kau ni berani sangat ke?"

"Habis tu kau nak merempat kat mana seminggu nanti? Jangan kau angkut skandal kau tu balik rumah dah laa," gurau Naina.

"Skandal mana pulak ni? Rasanya aku tak pernah lagi terlibat dengan gosip liar sepanjang setahun setengah kita kat sini."

"Alaa budak kelas kau tu laa. Apa ntah nama dia, Shahrul ke Mirul ntah. Aku dengar cerita dia bertumbuk sebab kau." tambah Leeya pula.

"Zarul laa. Mana ada skandal. Dia tolong aku je masa tu."

Hani terus teringat akan pertolongan yang diminta oleh Zarul minggu lalu. "Mati aku, macam mana laa aku boleh terlupa pasal tu." bisik Hani di dalam hati.

"Mana Dhiya dengan Ziha? Diorang balik tak nanti?" tanya Hani lagi.

"Diorang tu mana pernah tak balik. Kau hati-hati laa nanti. Risau pulak aku rasa," kata Naina.

"Takpe, nanti aku tumpang rumah Maria. Lagipun dia satu group dengan aku. Ehh aku nak keluar jap laa. Jangan rindu aku tau," balas Hani sambil melayangkan ciuman terbang ala-ala ahli perniagaan wanita yang terkenal di Malaysia dengan tagline qu puteh, qu puteh baru laa puteh.

*******

"Hello Zarul, nak jumpa sat boleh tak?"

"Hello Hani, boleh. Nak jumpa kat mana?"

"Kita jumpa kat tasik biasa tu je laa. Sekarang tau."

"Ok. Satgi aku sampai."

*******

"Ada apa hal nak jumpa aku ni? Dah start rindu?" kata Zarul sambil memberikan senyuman bak Zac Efron yang sangat menggoda hingga boleh menggugurkan iman Hani yang senipis kulit bawang.

Hani yang terpegun dengan senyuman tersebut hanya mampu tercongok bisu seribu bahasa sambil menyanyi di dalam hati. "Mungkin inikah yang dinamakan cinta hati gembira rasa bila kau kata cinta siang nan suram kini menjadi ceria."

"Wehh Hani. Kau ok tak? Tersampuk hantu air ke apa ni?"

Dan Hani masih lagi tersenyum-senyum sambil membayangkan dia dan Zarul duduk berganding diatas pelamin dengan memakai pakaian tradisional masyarakat melayu berwarna merah jambu lengkap dengan tengkolok dan juga crown yang direka khas oleh pereka terkenal tanah air Rizman Ruzaini sambil di iringi paluan kompang dan jugak anak-anak gadis kecil yang memakai gaun putih sambil menabur kelopak mawar merah ke arah pasangan mempelai.

"Hani, dah habis berangan ke belum?" tanya Zarul dengan suara yang dikepit sehabis romantik.

"Saya sudi. Saya sudi." jerit Hani kegembiraan.

"ya Allah. Dugaan apa lagi yang Kau turunkan ni?" Zarul yang kebingungan terus mengambil keputusan untuk mengalunkan azan tepat di telinga kanan Hani kerana menyangka Hani telah disampuk oleh hantu air yang dikatakan telah menghuni kawasan tasik selama berpuluh tahun yang lalu.

Alhamdulillah, berkat kuasa yang Maha Esa akhirnya Hani kembali ke pangkal jalan. Hani yang terpinga-pinga terus membuat muka blur sambil bertanya. "Dah lama sampai ke?"

"Hmm nak marah pun tak sampai hati tengok muka kau tu. Aku dah dekat setengah jam kot kat sini," jawab Zarul sambil menyeka peluh di dahi. Barangkali kepenatan dalam usaha mengembalikan Hani ke alam nyata.

"Ohh."

"Ohh je Hani? Seriously ohh je?" soal Zarul tak puas hati.

"Ehh tak. Tak. Nak cakap something sebenarnya. Hmm pasal yang kau mintak tolong minggu lepas tu.

"Nasib baik kau ingat lagi. Macam mana Hani, boleh tak?" tanya Zarul sambil meletakkan tangannya di pipi dan membulatkan matanya yang bundar dan dengan segera mengelipkan matanya sebanyak tiga kali dengan harapan Hani akan tergoda lalu bersetuju membantunya kali ini.

"Zarul... Jangan buat macam tu please. I tak kuatt," rayu Hani.

"Hahahaa. Ok ok. Kita serius. Macam mana Hani, boleh tolong tak?

"Housemate aku semua balik cuti nanti. So aku rasa boleh kot kalau kau nak tumpang. Tapi dengan satu syarat." kata Hani dengan penuh semangat sambil menaikkan jari telunjuk kanannya tegak di udara.

"Apa saja syarat sanggup hamba penuhi asalkan dapat memuaskan hati tuan puteri."

"Cehh. Panggil kita puteri pulak. Nak bodek lettuww. Ok, syaratnya kau tak boleh usik sezarah pun barang-barang peribadi dalam rumah tu. Boleh?" sambung Hani lagi.

"Syarat diterima. Kacang je tu. Iteww janji." kata Zarul sambil mengacukan jari kelingkingnya sebagai isyarat perjanjian.

"Okayy pinky promise. Kalau kau tipu mak kau hijau." tambah Hani lagi.

"Hahahaa. Ye Hani. Aku janji."

*******

Pulang saja dari tasik Hani terus merebahkan dirinya di atas katil.

"Betul ke apa yang aku buat ni? Apa niat dia nak tumpang kat sini sebenarnya? Harap-harap laa Zarul tak rancang benda yang bukan-bukan."

Sementara di bilik Zarul pula...

"Akhirnya masanya akan tiba. Kalau undang-undang tak dapat bela kematian papa, biar Zarul yang buat ikut undang-undang Zarul sendiri. Semua yang terlibat akan dapat balasan. Tu janji Zarul pa."

Zarul bersuara sambil memandang satu persatu gambar-gambar musuh papanya yang dilekatkan di bilik tidurnya. Sekian lama dia mengatur rancangan, akhirnya langkah pertama bakal di ambil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lelaki MisteriWhere stories live. Discover now