Part 8 (Bye .)

512 42 0
                                    


Sarah mencelikkan matanya. Dia memandang sekeliling. Dia menekup mukanya dengan tangan apabila menyedari bahawa dia baru sahaja mimpikan Mingyu.

Tak sangka boleh mimpikan Mingyu oppa dikeranakan terlalu rindu padanya. Bisik hatinya.

Tok tok tok

Dia menyeka air matanya yang membasahi pipinya sebaik sahaja pintu dikuak oleh Wonho.

"Sarah jom ke-" Wonho menghentikan apabila menyedari mata Sarah sembab.

WOnho mendekati SArah dan duduk disebelahnya. Sarah memandang Wonho dengan sayu.

"Waegurae? Sarah ada masalah ke?" Soalnya risau melihat yeoja yang dicintainya sedih.

Sarah memandang Wonho dengan sayu. Masih keliru. Rasanya ingin dia luahkan apa perasaannya sekarang namun perasaan tidak sampai hati menguasai di benaknya.

"Hey gwenchana? Ceritalah kat oppa." Kata Wonho lembut sambil mengusap lembut kepala Sarah.

Sarah menggeleng perlahan dan tersenyum kecil. Tak sanggup dia ingin mengecilkan namja yang berada di hadapannya. Namja yang sudah dianggap oppa kandungnya sudah terlalu banyak menolongnya ketika dia dalam kesusahan.

"Nan gwencanayo. Oppa datang sini kenapa?" Soal Sarah.

"Hmm oppa nak ajak Sarah jalan-jalan keluar." Katanya sambil memberikan sweater hitamnya kepada Sarah. Sudah tentulah dia ingat kelemahan Sarah.

Sarah menyambut sweater tersebut lalu menarik tangan Wonho. Wonho membatu. Terasa bagaikan terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan Sarah.

"Kajja!"
....................................

"Ermm Sarah oppa nak tanya sikit boleh?" Soal Wonho.

"Wae oppa? Tanya je la." Sarah tersenyum manis.

"Ermm Sarah dah ada jawapan bagi soalan oppa haritu?" Soal Wonho perlahan.

Wonho memandang Sarah dengan penuh berharap. Sungguh dia sangat berharap Sarah dapat menerimanya dan menjadi miliknya seutuhnya.

Sudah seminggu lebih, Sarah masih tidak memberikan jawapan. Jawapan bagi hatinya.

Sarah memandang Wonho.

"Oppa mianhae. Sarah masih cintakan Mingyu oppa. Sarah hanya menganggap oppa sebagai oppa kandung Sarah. Oppa banyak dah tolong Sarah ketika kesusahan. Sarah harap oppa dapat jumpa orang yang lebih sesuai berbanding Sarah yang banyak kekuranganya." Katanya sambil memegang tangan Wonho.

Wonho terkaku. Sedih hatinya apabila dirinya tidak diterima.

"Tapi Sarah pon tau Mingyu tak pernah cari Sarah kan? Kenapa Sarah masih tunggu dia?" Soal Wonho masih tidak berpuas hati.

"Hmm memang. Sarah benci sangat kat dia. Tapi Sarah mulai benci dia disaat Sarah sudah jatuh cinta padanya." Jelasnya.

"Kalau Mingyu datang, Sarah nak ikut dia ke?" Soalan cepumas diberikan kepada Sarah.

Sarah tersentak dengan soalan itu. Entahlah, dirinya masih keliru dengan perasaannya sendiri.

..

Sarah membuka sweater lalu mencampakkan sweater tersebut atas katilnya. Tubuhnya terasa melekit membuatkan dia ingin mandi. Baru sahaja dia ingin mencapai tuala, tiba-tiba ada suara yang didengarinya dari belakang.

"Seronok dapat date dengan namja lain?" Soal seseorang. Kedengaran seperti cemburu.

Sarah kaku. Terkejut dengan apa yang didengarinya. Adakah ini mimpi? Dia memusingkan badannya menghadap suara tadi.

Mato's World • kim mingyu ✔Where stories live. Discover now