Keseorangan.
Kesepian.
**************
Setiap hari,aku disuruh bangun seawal jam 4.00pagi. Walaupun pada hari minggu,aku tetap juga bangun awal.
Aku tidak berani mengingkar perintah papaku,Datuk Raziz.
Aku disuruh membuat sarapan,mencuci segala pakaian,mengemas rumah dan juga menyediakan pakaian kerja untuk mereka.
"Oi budak! Kau letak apa dalam kopi aku?!"
Aku yang sedang ralit membuat telur di dapur terkejut dengan sergahan suara garau itu. Dengan segera,aku menuju ke meja makan.
"Ya Tuan. Ada apa Tuan panggil saya?" Tanyaku sambil bermain dengan ibu jari kerana terlalu ketakutan. Kepalaku ditundukkan. Tidak berani melihat wajah papaku yang sedang marah dipagihari.
"Kau letak apa?! Aku tanya kau letak apa dalam kopi aku?!Kau budak sial!"
Kepalaku ditunjang dengan kasar. Air mata yang sejak tadi ditahan mulai mengalir. Aku cuba mengawal bunyi sendu.
"Tak ada apa-apa yang saya letak Tuan. Sumpah demi Allah, Tuan! Saya tidak ada masukkan benda pelik-pelik dalam minuman Tuan." Jawabku dengan suara yang terketar-ketar.
"Bohong! Kau sekarang ni dah pandai tipu aku ya? Kau nak aku potong lidah kau? Baik kau mengaku cepat!" Garpu ditangannya dihalakan ke wajahku.
"Sumpah Tuan! Saya tak tipu! Saya hanya letak serbuk kopi dan gula seperti yang Tuan suruhkan! Sumpah demi Allah. Tuan percayalah!"
Papa mulai bangun. Dia berdiri dihadapanku. Ditariknya rambutku dengan kasar.
"Sial! Kau anak pungut patut mati!"
Mama yang sedang bersolek di dalam bilik,pergi menjenguk di tangga apabila mendengar suara suaminya mengamuk.
"Sayang,kenapa you bad mood sangat pagi ni? Nanti muka you berkedut. I pun dah tak sayangkan you kalau muka dah tak handsome. Yang you marahkan budak tu kenapa? Bising sangat you ni tau..you nak ke jiran-jiran kita tahu tentang ni?
Silap haribulan,kita masuk lokap! Siapa nak tanggung?" Bebel Mama.Papa dan Mama semestinya taknak perkara ni terbongkar. Jatuh air muka dan maruah keluarga kalau mereka masuk lokap.
Tentang cara layanan mereka terhadapku. Telah dirahsiakan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang cacat cela.
************
Aku bersiap sedia untuk pergi ke sekolah. Lebam di bibir,ku tempekkan sedikit dengan solekan tipis. Rambut dibiarkan mengurai supaya parut di tengkuk tidak kelihatan.
Ku capai headphone dan beg galas. Iphone 6 ku masukkan ke dalam poket skirt.
Ketika meneruni anak tangga,sehelai kertas dilekatkan di tepi dinding.
'Make sure,lebam tu tak kelihatan. Kau guna saja makeup tu sampai habis. Nanti aku belikan. Aku dan Papa balik lambat. Kau masak untuk diri sendiri. Don't forget to act cool Raisya darling. Aku taknak kau pamerkan kelemahan. Aku nakkan kekuatan. Ingat ya. Maruah kau sebagai anak datuk dan datin kena jaga. Kau lakukan yang terbaik,ganjaran yang lumayan aku hadiahkan. Yang sebaliknya,kau tahu la akibatnya.
-Mama'
Kertas yang berada di tangan,ku buang ke dalam tong sampah. Peringatan dari mama sentiasa ku ingat.
Di sekolah,aku bukan seorang budak yang lemah dan senang dibuli. Aku,budak yang pendiam dan budak yang paling digeruni. Mama dan papa sudah melatihku sejak dari kecil bagaimana cara mempamerkan espresi muka. Kalau aku hendak senyum dan ketawa,aku terpaksa menahan semua otot yang timbul dan cuba untuk mempamerkan espresi kosong.
YOU ARE READING
HIDUP
Short StoryKehidupan aku tidak sebahagia yang mereka sangkakan. Kehidupan aku penuh kemisterian dan kesepian.