REALITI⚡

12 1 0
                                    

(((Flashback)))

Aku tersentak. Kata-kata Mama haritu mulai bermain di fikiran.

"Aku taknak kelemahan. Maksudnya,kau tak boleh pamerkan kesedihan. Kalau kau asyik pamerkan espresi tu,orang akan fikir yang kau ni budak lemah. I don't want that."

Sesali akan tindakan aku yang memeluk tubuh Izz,segera aku leraikan. Ku seka air mata. Seraya aku bangun dari pangkuan Izz yang juga memelukku.

Jelingan tajam dan wajah yang keruh ku pamerkan kepada rakan sekelas. Madam. Lyaa yang tahu akan espresi itu,hanya berdiam diri.

Mereka yang lain turut sama. Tiada siapa yang berani bersuara.

"Lupakan. Lupakan yang kau orang tengok aku menangis. Aku taknak ada siapa yang sebarkan hal ni. Faham?"

"FAHAM" jawab mereka dengan suara yang terketar-ketar.

"Seorang yang bocorkan,semua kena sekali. Better shut your damn mouth.Especially girls. No gossips about me crying or hugging this guy. Or else,kau orang tahu la"

"Kau berdua budak baru,jangan bagi masalah dengan aku. Yang aku peluk engkau,jangan diungkit. Aku tak kenal siapa kau, Izz Haikal"

((End of flashback))

*************

Beg galas aku campakkan di atas katil. Headphone dan Iphone juga ku campakkan saja. Aku hempaskan diri di katil. Aku pandang siling. Otak dah bercelaru ah.

Macam mana ni? Orang dah nampak kelemahan aku. Kalau Mama dengan Papa tahu,habis la...

Aku bangkit,menuju ke bilik air. Ku capai tuala.

I bet,i need a cold shower. Definitely a cold one.

*********

Siapa tak sedih bila kita dapat tahu yang mereka akan pergi pada saat-saat akhir?

Siapa tak marah kalau kita ditinggalkan tanpa sebarang mesej ataupun pesanan?

Siapa tak terkejut bila tengok kawan baik yang telah lama pergi,tiba-tiba kembali?

Aku dihujani dengan pelbagai soalan di minda.

*********

Segarnya rasa lepas mandi...hmm apa aku nak buat sekarang?

Masak? Tak kot. Mee Maggie pun dah cukup. Diaorang bukannya balik awal hari ni. Tak payah la nak susahkan diri, buat tu la ini la.

Habis tu,kau nak buat apa ha Raisya?

*******

Kerana terlalu bosan,aku pergi ke bilik Mama dan Papa.

Ni la masanya aku bongkar semua barang mereka. Cari apa yang patut.

Kejam tak?

Boleh dikira hari ini,hari aku la.

Pertama, dua setan tidak ada di rumah. Hmmm...leganya. Kan bagus kalau diaorang balik lambat tiap-tiap hari.

Kedua,rumah ni dibawah kawalan aku. Ya,aku sorang. Muahahaaa

Kau ada? Takdaaa. Aha

Ketiga,semua anggota badan aku boleh rehat. Tak adanya orang suruh buat itu ini.

Freedom nyaaaa..

Keempat,bilik diaorang tak berkunci. Mesti Mama lupa nak kuncikan.

Dari dulu lagi,diaorang dah siap-siap bagitahu dekat aku..

"Aku taknak kau masuk dalam bilik kami. Jangan sesekali masuk! Kau ingat tu!

Ini rumah aku. Kau patut ikut segala peraturan di sini. FAHAM?!"

Kau orang bayangkan,masa tu umur aku baru cecah enam tahun. Ada ke ibubapa yang cakap macam tu dekat anak yang masih kecil? Takda kan?

Orang luar boleh la kata aku patut bersyukur ada ahli keluarga yang baik dan bahagia.

Itu semua,fake.

Sampai hari kiamat diaorang tetap layan aku macam sampah. Walaupun aku ni,darah daging diaorang.

Aku kan anak orang kaya. Rumah besar,bilik besar. Semua barang aku mewah. Pakaian berjenama. Tak adanya Mama nak beli barang dari pasar malam. Dari segi pemakaian aku,semua ikut trend fesyen terkini. Cukup dengan tuisyen, kereta, kelas pertahankan diri,kelas memasak...semuanya lengkap. Boleh dikatakan aku ni sebiji macam robot tanpa cacat cela.

Tidak ada seorang pun manusia yang sempurna di muka bumi. Mahupun model dan celebriti. Mereka semua ada kelemahan dan kekurangan tersendiri.

Aku? Di luar aku nampak bahagia dengan kehidupan yang mewah ini.

Takda siapa yang tahu isi di dalam nya. Aku merana. Tiap-tiap hari kena pukul kalau buat silap. Tu pun kesilapan yang amat kecil jika dibandingkan dengan yang lain.

Kehidupan aku bukan seperti yang biasa di dalam novel ataupun cerita akasia.

Hidup aku,tidak sebahagia yang disangkakan.

********

Bilik Mama dan papa dihiasi dengan warna hitam dan biru. Di satu sudut,terdapat beberapa photo dilekatkan di dinding. Wajah kedua-dua ibubapaku sangat gembira. Selain itu,terdapat juga kenangan manis mereka ketika berbulan madu di Paris.

Aku terpaku saat melihat beberapa kepingan photo bersebelahan dengan gambar mereka berbulan madu.

Itu gambar aku ketika masih bayi. Mama yang menggendongku berwajah masam. Papa pula kelihatan sedih.

Kenapa Mama dan papa sedih?

Mereka bencikan kelahiran aku ke?




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIDUPWhere stories live. Discover now