"Adik tak nak mandi ker?? hari ini kan adik sekolah?" Jerit Puan Aisyah dari luar bilik sambil ketuk pintu bilik anaknya.
"Ye ma, adik dah bangun dah" Jawab Damia Adrianna sambil bangun dari pada tidur yang nyenyak tadi.
"Sudah bangun jangan tidur balik, pergi mandi Mama Papa Along dan Angah tunggu bawah." Cakap Puan Aisyah sebelum pergi turun ke ruang tamu.
"Ok Boss" Jawab Damia Adrianna sebelum pergi ke tandas.
~~~~~~
Sesampai di Ruang tamu Damia Adrianna duduk sambil menjamah makanan bersama Keluarga tercintanya."Ok lah Papa Mama, Along pergi dulu sekolah." Cakap Danish Adriann kepada Puan Aisyah dan Encik Darwish sambil menyalam kedua-dua ibubapa nya itu. Adik-adiknya apa lagi ekot salam lah juga.
"Ok lah Papa Mama, Angah ngan adik tersayang nie pun nak gerak dulu. Asalamuaalaikum." Cakap Daniel Adriann sambil tangannya dileher adik kesayangannya itu.
"Ok hati-hati bawa motor tu Along, Angah pun sama jangan bawak motor laju-laju nanti jatuh adik tu." Pesan Puan Aisyah kepada ketiga-tiga anaknya itu.
"Ok Mama, dengar tu angah." Cakap Damia Adrianna sambil menjeling lidah dekat abang keduanya.
"Ishh budak nie." Angah mencebik tanda tidak puas hati.
~~~~~~
Di Sekolah"Ok lah angah, adik masuk dalam dulu." Cakap Damia Adrianna sambil berlari ke arah sahabat baik nya.
"Ehh salam lah dulu?" tanya Daniel Adriann."Tak nak tangan angah bucuk." Jerit Damia Adrianna sambil membuat gayanya.
'Ishh budak nie sabar je, hari ini hari adik esok lusa tengok lah adik'. Daniel Adriann membuat muka sambil menuju ke Danish Adriann. Sebenarnya Danish Adriann dan Daniel Adriann adalah kembar tapi tak sama sebab muka lain dan perangai pun. Tapi satu je dorang nie suka menyakat adik yang tersayang ialah adik ada satu je kan perempuan pulak tu.
"Wei asal kau lambat hah?" Tanya Sahabat ku iaitu Anis Solehah sambil membuat muka yang menahan marahnya.
"Sorry lah beb, aku tidur lambat semalam." Jawab aku sambil meminta maaf.
"Kau ingat senang nak maaf kan kau ke? kau kena berlanja kita orang dulu makan time rehat sebab kita orang tak makan lagi kena tunggu kau katanya nak datang awal konon." Seloroh Sahabat aku Aina Batrisyia sambil membuat muka bengangnya.
"Yelah aku berlanja korang, yang kau budak kechik tak nak cakap apa-apa ke macam dorang dua nie?" Tanya Damia Adrianna dekat Sahabat merangkap sepupunya iaitu Nurin Syafiqah.
"Ermm ada kau kena berlanja aku McD time cuti sekolah bolh?" Tanya Nurin Syafiqah sambil mengangkat anak matanya.
'Aduh mampus aku, baik tak payah tanya tadi kat budak kechik nie harap je kechik tapi bab makan no.1'. Seloroh Damia Adriann dalam hati.
"Yelah2 Jom kita beratur sakit kaki aku asyik berdiri je." Sambil menunjukkan kakinya yang mula kebas. Sebenarnya dorg bertiga tu sama kelas ngan Damia Adrianna dan sangat rapat dengannya.
~~~~~~
Dikelas 2 EfisienSebenarnya sekolah ini besar jadi boleh menampung semua perlajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 dan ye betul Damia Adrianna baru tingkatan 2.
"Wei Damia tu Khairul tengah usha kau tu." Bisik Anis Solehah yang duduk di sebelah Damia Adrianna.
"Errmm biar kan lah dia, dia punya mata bukan aku." Cakap aku sambil membaca Novel.
"Wei dia datang lah bahlul." Bisik Anis Solehah balik." Eii apa bahlul bahlul nie hah?" Tanya Damia Adrianna sambil membuat muka bengangnya dekat Anis Solehah. Aina Batrisyia dan Nurin Syafiqah yang tadi membuat kerja masing2 dah mula memandang tempat duduk belakang mereka.
"Apasal nie?" Tanya Aina Batrisyia.
"Nie hah..." Belum sempat nak cakap apa-apa dah ada orang menyebuk pergi sampuk."Hai Damia Adrianna kau tengah buat apa?" Tanya Khairul Amar sambil membuat muka kebudak-budakkannya. Khairul Amar adalah lelaki yang kacukan China dan Melayu, disebab kan Maknya China asli Ayahnya Melayu asli jadi lah budak nie.
"Hermm tengah buang air besar, dah thu aku tengah buat apa lagi dia cakap." Jawab Damia Adrianna sambil membuat muka bodohnya. Nurin Syafiqah yang disebelah Aina Batrisyia dah mula gelak.
"Hehehe tak de lah aku cuma nak cakap kau Free tak petang nanti? sebab geng kita ajak keluar kau nak join tak??" Tanya Khairul Amar kepada aku.
"Ermm tengok lah dulu, nanti tak pasal2 dua ekor tu sembelih aku sebab tak bagi thu dia yang aku nak keluar ngan kawan2. Tapi janji kan tiga ekor kat depan aku nie ekot ok." Jawab aku.
"Owhh ok Boss." Sambil bercakap Khairul Amar pun blah.