terukir mahligai di sanubari

83 5 1
                                    

setiap orang pasti pernah tercetusnya rasa cinta di dalam kalbu dan juga tersemat rasa minat akan insan yang lain apatah lagi setelah meningkat ke usia remaja kematangan pasti turut serta. coretan ini ialah kisah hidupku apabila Aku terputik rasa ingin bercinta setelah melihat seorang gadis yang sangat rupawan ketika aku masih berumur 13 tahun. Tidak asing lagi perkara ini merupakan suatu normalisasi bagi seseorang remaja apabila terbitnya rasa suka akan orang lain.
Ceritanya bermula begini, saat Aku berkongsi cerita dengan kawanku tentang bagaimana rupa setiap wanita di sekolahku ini. Kami bersembang antara satu sama lain dan mengeluarkan persepsi masing-masing. Tibalah saat di mana aku menyebut nama seorang perempuan ini kepada kawanku. Aku ceritakan perihal perempuan itu bahawa Dialah orang yang paling cantik di sekolah ini. Pada awalnya, Aku hanya bermain-main kata, entah bagaimana tetiba Aku rasa sesuatu yang sangat indah di dalam hati.Sejak perbualan Aku bersama kawanku itu, Aku sentiasa teringatkan Si Dia.
Setiap kali Aku terserempak dengan Dia, jantungku berdegup kencang, setiap kali Aku terlihat matanya nafasku menjadi singkat dan setiap kali Aku tertenung senyuman manisnya, tidak ada perlakuan lain selain terpegun atas dasar kekaguman. Adakah ini dinamakan cinta?
Sebelum Aku tidur, Aku sentiasa terkenangkan Dia dan berharap agar Dia menjadi mimpi indahku, sejak melalui semua perkara tersebut, aku cuba untuk mendekati Dia. Untuk pengetahuan semua, gadis yang Aku minati itu tua setahun daripadaku.Aku cuba mendekati Dia dengan menggunakan laman sosial FB. pada ketika itu laman sosial ini sangat popular dan pasti sahaja semua orang sedang menggunakannya. Jadi, aku nekad untuk berkenalan dengan Dia.
Aku tercari-cari di mana nama FB Dia dengan menggunakan namanya sebagai carian. Malangnya, Aku tidak dapat mejumpakannya.Aku terus berusaha dan terus mencari.Akhirnya, aku mencari alternatif dengan bertanya kepada kawanku.Setelah penat berusaha, dapat juga aku mencari nama FB Si Dia.
Aku melihat gambar profilnya yang sangat cantik.Hatiku tidak tenteram saat ingin memulakan perbualan dengan perempuan itu ditambah lagi dengan rasa malu yang sangat tinggi.Namun sepertimana yang Aku nekadkan, Aku tetap ingin berbual dengan Dia di laman sosial tersebut.Seperti biasa, Aku memulakan perbualan dengan memberi salam terlebih dahulu. "Huh", kata hatiku yang membebaskan rasa lega.Antara saat yang paling bahagia dalam hidupku adalah di mana dia membalas salam pertamaku itu.
Hatiku berkata dengan rasa gembira ,"wahai pemilik langit dan bumi,adakah Aku ditakdirkan untuknya?".Lantas Aku meneruskan perbualan dengan Si Dia. Nak tahu ujaranku selepas itu?.Aku bertanya kepada Si Dia, " tahun depan awak pindah tak?, janganlah pindah sebab nanti saya tak dapat tengok muka awak yang comel tu." Setelah Aku tertekan 'Send', Aku tetiba rasa seronok sangat dapat memuji muka Dia yang memang mulus itu dan tak sabar rasanya menunggu Si Dia untuk membalas mesej itu.
"Hmm, mana ada pindah.. btw, saya ni comel sgt ke, haha", ujar Si Dia sambil membalas dengan emotikon 'malu'.Aku terus membalas "betul, saya tak tipu.. hmm... janji tau jangan pindah.. k?,".Dia pun terus membalas mesej itu dan Aku berhenti setakat itu sahaja pada ketika itu.Detik ini akan menjadi detik yang sangat indah buat diriku maklum sahajalah, dapat berbual dengan 'CRUSH' Aku. tersenyum sendirian Aku dibuatnya. Sejak dari itu, Aku sentiasa terkenangkan Dia dan seperti biasa Aku selalu menaruh harapan untuk menemui Si Dia tapi kali ini Aku harap dia akan menjadi teman wanitaku di dalam mimpi pula.
Tiba di sekolah, Aku berharap Dia akan bertegur sapa denganku.Semasa dalam pembelajaran, Aku tidak dapat fokus dengan apa yang cikgu sedang cakap dek kerana terfikirkan perihal khabar Si Dia.Untuk pengetahuan semua, kelas Aku hanya bersebelahan dengan kelas Si Dia.Jadi, Aku cuba untuk curi-curi merenunginya.
Tiba-tiba Dia tersedar yang Aku sedang melihat Dia.Sejurus itu, Aku terus memalingkan pandanganku dan menghadap cikgu semula sambil tersipu-sipu malu atas perlakuanku yang telah diketahui oleh Si Dia itu. Aku cuba memandangnya semula dan terlihat senyuman manisnya itu sambil tertawa kecil.Adakah hal itu kerana perbuatanku?.Aku terus merenung dia secara curi-curi semasa pembelajaran.Dalam asyik Aku dengan perbuatan tersebut, tetiba cikgu sedar atas kehilangan fokusku semasa pembelajaran lalu cikguku membaling 'duster' ke arahku. "ohh mak kau terkejut!!!" terjerit aku atas perbuatan cikgu itu lalu ditertawakan oleh rakan-rakanku yang lain.Cikgu pun menyuruh Aku untuk menumpukan perhatian di dalam kelas.
Pada waktu rehat, Aku cuba untuk menghendap dia dalam diam. Dalam perjalanan ke kantin yang berdekatan sahaja dengan kelasku, Aku cuba berjalan secara perlahan-lahan bersebelahan dengan kelas Si Dia. Namun peristiwa memalukan berlaku apabila sedang Aku leka berjalan ,secara tidak sengaja Aku telah pun terlanggar tiang yang ada di hadapanku... Ahhh.. malunya Aku pada ketika itu, nasib baik tiada seorang pun yang perasan tentang kejadian tersebut. Aku terus menuju ke kantin dan berborak dengan kawan Aku yang sebelum ini. Aku berkata kepadanya yang Aku sudah mula syok kepada seorang perempuan cantik tersebut. Dia pun menyokong Aku dengan menggalakkan Aku untuk cuba mendekati Si Dia.Aku pun sudah berasa semangat yang berkobar-kobar untuk menghampiri Si Dia.
sampai sahaja di rumah, Aku pun terus mencapai telefon pintarku untuk berbalas mesej dengan Si Dia. Tak sabar rasanya nak membuat Dia tergelak kecil dengan gurauan dan lawakku di alam maya ini.Apabila timbulnya peluang untuk ber'chatting' dengan dia, seperti rutin Aku akan memberi salam dan bertanya khabar Dia.Langkah seterusnya, Aku cuba untuk membuat lawak agar Dia lebih erat denganku. Untuk pengetahuan semua, perempuan lebih suka lelaki yang kelakar.Jadi Aku cuba membuat Dia ketawa dengan lawak ini.
"hmm... is ur name AIDA?"-Aku
"what?tak lah, takkan tak tau nama saya-Dia
"hmm... tak de lah, kalau nama awak AIDA, "AIDA" lama suka u.."-Aku

Dia tergelak-gelak dengan telalatah Aku itu, sedang Dia tak tahu yang Aku tengah suka kepadanya.Aku teruskan jenakaku bagi mengeratkan hubungan dengannya.Setiap hari Aku terus berbalas mesej dengan Si Dia, namun setelah sekian lama menghampiri Si Dia...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My First CrushWhere stories live. Discover now