Kau kata kau cinta puisi,
tapi pyan habib kau tak tahu,
a samad said kau lupa
fazleena kau tak kenal,
wani ardy kau hindar.
sungguh kau memalukan.Memalukan untuk si pencinta,
yang benar cinta akan sesuatu karya,
yang sanggup berlari kesana kesini mencari ilham,
yang sanggup dikritik hanyak untuk puisi dihadam,
yang sanggup dimaki kerana puisi tak makan dalam.Jadi disini aku berkarya,
mengasah kosa kata yang banyaknya aku lupa,
yang seni melayunya cantik bahasa dan indah dikata,
yang bila dibaca boleh menangis para pendengar.Jadi maafkan aku andai terkasar,
cuma aku hanya mahu berkarya,
dalam media sosial yang semua tak indah dari rupa.