satu

1.5K 11 0
                                    




Kak Zabedah terus menolak troli berisi dua besen penuh pinggan kotor. Tiada siapa pun yang endahkan dia. Keringat tua mula membasahi pipi dan dahi. Jangan lah pula di tanya keringat yang laju mengalir di bahagian tubuh yang lain. Kak Zabedah sendiri akan loya.

Sambil menolak dia merenung ke dalam besen. Penuh sisa makanan. Guru-guru pun masih gagal mengasingkan sisa makanan dan juga peralatan kulteri. Menyirap jugak Kak Zabedah bila terkenangkan ayat guru penolong kanan, Cikgu Laili memarahi murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Pahit.

"Asingkan ya sisa makanan dan pinggan serta cawan. Jangan pengotor macam di rumah. Ini sekolah, bukan rumah. Kalau ibu bapa kamu tidak kisah, Cikgu kisah!!"

Ayat ini masih lekat di dalam kepala Kak Zabedah. Dia yang memungut dan mencuci pinggan, Cikgu Laili pulak yang lebih-lebih. Baginya, biarlah budak-budak tidak mengasingkan makanan. Lebih dia suka. Kerana, dia akan duduk lebih lama di washing station. Jadi nanti kerja mengemop, Yanti yang akan di arah oleh Kak Sarah, pengurus kantin.

Dalam dia terkenangkan kebiadapan guru-guru yang tidak mengasingkan makan dan peralatan makan, dia terus teringatkan tudung biru Cikgu Laili. Jika di sebut sahaja pada jenamanya, menggelitik lah telinga semua peminat tudung Anjali. Tudung yang paling laris di Malaysia. Rata-rata semua guru-guru di sini memiliki Tudung Anjali. Dari jauh lagi sudah terpampang tag besi tudung Anjali di dada tudung. Mungkin kerana itu lah menjadi kegilaan wanita di Malaysia. Walaupun harganya boleh di buat membeli 5 kampit beras 5% hancur buatan Siam.

Sudah lama Kak Zabedah teringin kan tudung Anjali. Namun, hendak membeli beras untuk sendiri makan pun, Kak Zabedah kadangkala terpaksa gunakan wang kutu hasil bermain kutu bersama kawan-kawan yang bekerja di kantin.

Kak Zabedah pasti, di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Pahit, Cikgu Laili lah yang paling banyak memiliki tudung Anjali. Sebut sahaja warna apa, keluaran apa dan design apa, Cikgu Laili pasti sahaja memiliki semua nya. Malah, kalau ke sekolah, Cikgu Laili dengan sahaja menggantung 2 hingga 3 helai tudung Anjali di tempat duduk belakang kereta Axia nya. Mungkin memang Cikgu Laili saja mahu membuat ciku-cikgu lain cemburu. Mungkin kerana dia tidak berkeluarga dan menjadi anak dara tua, dia tiada tanggungan lain untuk membelanjakan duitnya lebih untuk membeli tudung Anjali, bisik hati Kak Zabedah. Tapi, hakikatnya dia juga tidak berkeluarga dan tidak mempunyai tanggugan lain. Sedih. Kak Zabedah terus menurunkan baldi dari troli dan mula mengasingkan sisa makanan dari pinggan mangkuk.

Kak Zabedah dan tudung biru.Where stories live. Discover now