Seni Udang Kering

16 2 0
                                    

Bersama beberapa batang tembakau seludup, Lozy tenggelam dalam aktiviti kesukaannya. Sekeping demi sekeping cengkerang laut yang dikutip sepanjang pesisir pantai kampungnya tempoh hari, dilekatkan pada bingkai lakaran bebas milik dia. Panggilan yang dikira hipster sekarang, doodle.

Lepas satu,satu. Kemudian satu lagi sehingga dia lupa untuk memadu kasih di kamar mandi. Betapa leka itu sebati dalam dirinya.

Kata Lozy, barang-barang terbuang banyak kegunaan. Bingkai gambar lakaran dia juga daripada bahan terbuang. Lozy menggunakan kotak kertas yang diambil di kaki lima kedai-kedai runcit. Tuan kedai yang tak tamak mungkin. Jenis tuan kedai yang tamak, dijual kotak-kotak kertas tu sebagai pendapatan sampingan. Mujur ada yang suka membazir. 

Pengusaha barangan terbuang  dengan menjadikan ia sebagai satu seni adalah medium yang diguna pakai Lozy. Impian dia sejak dulu. Moga satu hari nanti , nama Lozy tercatat dalam barisan ahli seni barangan terbuang sebagai bentuk kejayaan yang diidamkan. Moga-moga Tuhan merestu.

Lozy masih leka dan asyik dengan kerja tampal menampal. Masih tak pedulikan bau badan yang hampir berudang kering. Hampir. Mungkin tambahan masa sejam dua lagi, udang kering boleh bertukar infiniti negatif. 

Ai, 


Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 23, 2015 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

D.I.Y Mahu HidupTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang