BUNIAN

174 6 0
                                    

BAB 1

Aku mula berlari anak menuju ke arah musolla. Segera meneruskan aktiviti pada petang itu. Haisy tak boleh jadi ni , dua tiga hari ni asyik lambat je. Nak buat macam...masa aku full. Tapi aku tau itu bukan alasan yang terbaik dan munasabah. Gumamnya sendirian di dalam hati.

Dan seperti yang dijangka, aku lewat buat kali yang keberapa entah aku pun tak tau. Tak terkira kut. Kedatangan aku telah memberi perhatian kepada penghuni aspuri di situ. Apa , tak penah tengok orang lewat ke. Macam tak penah datang lewat. Pandang aku macam aku dah bunuh sepuluh orang.

"Hamboi Dina, awal datang. Eh ko dah sihat dari demam ke?" hanya senyuman kecil yang terbit di bibir Dina ketika itu. Malas mahu ambil pusing di atas kata kata Hanis iaitu rakan se-dormnya. Bukan dia tak tahu mulut kawannya tuh macam mana. Berdiam diri bukan bermakna lemah ye. " Yelah budak baru nak up. Budak baik baru nak buat jahat memang lah haha" sambung Hasreena. Yang ni bukan satu dorm. Tak hingin aku satu dorm dengan dia. Tapi dia ni taklah jahat sangat. Ada juga sisi baik dia.

Sedang asyik mereka ni kutuk mengutuk aku, muncul dua pelajar aspuri dalam keadaan termengah mengah. Syafiqah dengan Harlina! . Diaorang ni dari mana?. Bisik hati kecil ku. Dada Syafiqah turun naik. Nafas nya seperti tersekat sekat. Semput ke?. Oh lupa , dia ada asma. " Weh korang ni dari mana ha. Ni apsal ni. Oi ko okay tak Kedah. " tanya Hasreena dan Hanis. Risau melihat Kedah dalam keaadan sebegitu rupa. Kedah atau nama sebenarnya syafiqah. Itu adalah nama panggilannya, memandangka dia berasal dari Negeri Kedah. Entah sapa punya idea entah. Nampak kan aku dah kata diaorang ni tak lah jahat sangat.Syafiqah hanya menganguk lemah. Tidak mampu untuk membalas pertanyaan mereka. Tapi hati Dina tidak tenang . Kenapa eh.

BUNIANWhere stories live. Discover now