1.

42 0 0
                                    

Dari jauh Tya melihat sinaran lampu neon dari KLCC. Kakinya mahu saja mencapai air di swimming pool itu. Dalam fikirannya, kosong. Memikirkan apa yang akan berlaku sepanjang cuti semester itu. Di Rumah Yayasan Sabah menjadi singgahan bagi pelajar-pelajar tajaan yayasan itu bila cuti menjelang.
Dari jauh Fikri melihat seorang gadis duduk bersimpuh di kolam renang yang airnya dipenuhi daun-daun kering. Dia mengamati gadis itu penuh teliti. Ada sesuatu yang rare tentang gadis yang kelihatan tomboyish itu. Rambut paras bahu itu ditiup angin sore pada malam 31 Ogos itu.

" Sorang ja kah?". Suara Fikri yang dalam itu mulai memecah awan lamunan Tya yang asyik melihat bangunan pegun sambil melihat bunga api di langit kota metropolitan itu.

" Hmmm, ya. " Tya hanya jawab sedikit saja.

Langsung tidak menghiraukan lelaki yang ada darah Cina itu. Fikri mengharapkan gadis itu memandangnya, tapi dia tahu gadis itu seakan-akan tenggelam dalam lamunannya sendiri.

' Aku akan cuba mendekatinya'. Fikri bermonolog pada dirinya.

***

Pagi keesokannya.

Bas-bas mulai memenuhi jalan raya di Rumah Yayasan Sabah. Beg yang sarat dengan bekalan pakaian untuk seminggu diangkat menyusuri jalan menuju ke bas itu. Dalam hati kecil Tya, semester cuti sekolah menanam perasaan rindu akan kampung halaman dan famili. Dari usia muda Tya dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk menimba ilmu berbekalan harapan tinggi dari Yayasan Sabah.

Kembali membina kepulan awam mengelamun, Tya teringat akan arwah Daddynya. Sayu hatinya mengingatkan kembali memori bersamanya walaupun seketika. Daddy Tya lah menjadi matahari kepada hidupnya. Lagak garangnya tapi penyayang membuatkan dia terlalu respect akan arwah

Daddy....I wish he was around. Hati kecil Tya berkata.

Hanya mampu mengenali father figurenya dalam 10 tahun. Singkat tapi wajah Daddynya masih segar di mindanya.

"I'm always be your little daughter..."

Di depan bas pula..

Hati Fikri tidak senang. Melibat kelibat budak itu menguatkan kecuriousannya untuk menegurnya. Rupanya seakan Kelly Chan, artis HK. Dia cuba mencari kedudukan tempat duduk budak tomboy itu.

Jauh juga dia duduk... Dia mengomong sendirian.

Perjalanan ke SM (Sains) Tuanku Syed Putra seakan begitu singkat bagi Tya. Kemalasan untuk sertai perkampungan YS mulai berakar. Selama 3 tahun dia mulai menjadi pelajar tajaan YS, itulah scenario yang Tya hadapi. Niat membeli tiket terbang ke Kota Kinabalu, memang tiada dalam kamus. Mahal kerna ibunya tidak mampu. Hanya ergantung pada pencen Daddy saja, jadi tiada keinginan Tya untuk balik walaupun dia teramat homesick.

Kuliah, LDK & Team Building memang wajib dalam sesi di semua perkampungan YS. Ianya seperti reunion bagi anak jati Sabah. Disini sajalah masanya perkataan 'Bah' akan dikeluarkan. Bergosip dan mengupdatekan diri dengan rakan-rakan persejuangan yang lain adalah febretnya. Tapi memandangkan tahun ini PMR, sesi kuliah akan menjadi prioritynya.

" Bah, lepas Kelas Matematik mahu ka kita main basket ball?" Tanya Claire yang bertubuh kenit. Dia bersekolah di SM Perempuan Zainab 2, Kota Bahru. Sekolahnya dengan sekolah Tya selalu bercompete dalam perlawanan Hoki Sukan Sukan- Sukan Primer.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Nov 30, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

L.D.R Ku (Luahan Dengan Rindu Ku)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang