Bahagian 3

2.2K 15 0
                                    


⦁ Nurul Athirah Binti Fauzi.

⦁ Dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

⦁ Kini menetap di Alor Gajah, Melaka

⦁ Sukakan kucing dan warna biru muda. Setiap pagi turun ke tingkat satu untuk memberi makanan kepada kucing di kafe.

⦁ 70% pakaian dia mempunyai warna biru muda dan merah jambu. Rajin dan kemas dalam membuat kerja.

⦁ Laju dan tegas dalam membuat keputusan.

⦁ Seseorang yang mudah bertolak ansur namun tegas dalam beberapa subjek. Aurat dan kebersihan contohnya

⦁ Suka tersenyum dan mudah ketawa.

⦁ Lebih banyak tersenyum diam mendengar dari bercakap. Namun mudah menangis apabila situasi menjadi emosional.

⦁ Pemalu apabila berhadapan orang yang kurang dikenali.

⦁ Lebih suka menyendiri namun mudah dibuat kawan.

Aku tenung buku nota aku. "Haish. Apa aku buat ni ."

Rasa malu pulak bila tengok nota yang aku buat sendiri. Macam orang syok sendiri. Macam orang gila.Memang tabiat aku apabila aku tertarik akan sesuatu. Apabila aku bersemangat. Aku akan susun maklumat dalam satu buku nota peribadi. Ini memudahkan aku menilai dan merancang tindakan aku seterusnya.

Tetapi, sampai sekarang aku masih buntu tentang apa yang aku akan buat. Apa yang aku mampu capai sekarang hanyalah pergi kelas awal dan perhatikan dia dengan kawan-kawan masuk kuliah setiap hari.

Data yang aku ada sekarang ini hanyalah ihsan daripada rakan-rakan perempuan yang aku kenali. Aku meneguk malu dan segan. Menahan usikan dari orang lain hanya untuk maklumat yang secubit ini.

Aku buntu. Tak tahu dimana nak memulakan perkenalan. Maklumlah aku bukan jenis yang semangat menggatal dengan jantina berlainan.

Ikhtilat, abang-abang berkopiah berkata: Kita kena jaga ikhtilat. Elakkan syaitan perkudakan nafsu kita.

Tuhan, aku masih baru dalam cuba mengenali Tuhan yang aku sembah. Aku ingin mencari cinta sejati yang mengatasi ikatan duniawi. Aku inginkan tujuan hidup yang melangkaui mati. Maka, aku mula rajin menghadap Tuhan yang aku sembah dari kecil. Tambahan pula, apabila aku tekun beribadat suara-suara gelap itu seakan-akan berubah tenang mengikuti alunan syahdu walaupun tidak hilang lari.

Yang aku tertanya-tanya, apakah si gadis artis ini ujian dari Tuhan? Apakah gadis ini tunggangan syaitan?

"Ya Allah, kalau ini akhirnya akan menjauhkan aku dari Kau. Sibukkanlah pemikiran aku dengan benda lain."

Selesai solat Zohor tadi, aku ungkapkan doa yang sama.

Dalam perjalanan balik ke kelas, aku tiba-tiba dipanggil dari belakang.

"Haziq!"

Aliah, seorang kenalan perempuan aku memanggil dari jauh.

Aku menoleh, lalu terkaku di tempat aku berdiri. Di sebelah Aliah berdiri si gadis artis, Athirah. Dia berdiri di sebelah Aliah. Bagaikan ingin menyorok di belakang bahu Aliah dia berdiri.

Oh. Dia pemalu. Data yang aku dapat kelmarin ternyata tepat. Bertudung merah jambu dan baju kurung biru muda. Aku tergelak dalam hati. Betul lagi.

Aku mengumpul segala kejantanan yang masih belum lari sewaktu itu. Aku bertanya.

"Ye Aliah. Ada apa?"

Rasa macam nampak kurang ajar jawab sepatah di depan dia. Tapi takkan tetiba nak berlagak ramah pula.

"Ni Athirah, dia ada benda nak cakap dengan kau."

Tekak tiba-tiba kering. Air liur diteguk.

"Ini semua ujian. Ujian. Ujian. Ujian. Ujian. Permainan syaitan. Ujian ujian."


Awek ImaginasiWhere stories live. Discover now