Setelah aku berjaya menyelesaikan masalah hantu yang selalu mengacau aku.Aku pun mampu belajar seperti remaja normal yang lain.Berkat usaha,doa dan rotan mak akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti awam(HAHA nanti korang pepandai lah teka!)Dengan keputusan yang agak cemerlang bagi seorang syaitan yang taksub dengan PS2 pada malam peperiksaan SPM aku diterima masuk ke Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.
Hari ini hari pertama pendaftaran.Disebabkan aku dah biasa duduk asrama jadi aku takdelah rasa sedih sangat bila time mak nak balik tu(konon lah kan!)Kali ni tiada lagi tabung badak sebagai bekalan bergayut dengan mak sebab ayah dah hadiahkan aku dengan telefon bimbit Nokia N70.Kat sini nak berlagak sikit lah nampak tak hidup aku dah maju.Hahaha.Sorry sikit eh zaman tu Nokia jenama paling top..So kira aku ialah manusia yang mengikuti peredaran zaman gituuu...Ok so aku rasa aku patut hentikan tabiat aku yang suka merapu ni dan berbalik pada cerita yang sebenarnya.
"Ni mak dah lipat and gantungkan baju adik.Megi ngan biskut ape sume kat bawah ni.Tu lauk share ngan kawan-kawan bilik adik nanti.Mak dah penat ni.Nak balik.Ape-ape call mak," kata mak sambil memelukku.Kali ni aku takde main sanggem lagi.(Tak faham perkataan sanggem boleh rujuk Cerita Seram Aku part Katil Sebelah).Kali ni aku rileks dan tenang.Aku salam tangan ayah,abang dan kakak.Sempat lagi kakak membisikkan sesuatu padaku.
"Malam-malam jangan duduk tepi tingkap takut makcik karipap lalu kat koridor tingkat 2 ni," terbeliak mata aku.Menyempat lagi dia ni!
"Kiteorang balik dulu ye," pantas adik syaiton aku mengajak mak balik.Bikin panas ni budak.
"Bye," kataku.Malas mahu menghantar mereka turun sampai ke kereta.Jauh gila kena parking sebab sesak.Biasalah kalau masuk universiti kalau boleh sekampung nak dibawa turut sama menghantar.Atuk,nenek,oneng,moyang,monyet semua sekali lah nak ikut Silap-silap tok siak pon follow sama.Aku masuk ke bilikku bernombor 1210
"Haish..Mintak-mintak lah roomate aku ok," aku berbaring di katil bawah.Katil asrama kayu 2 tingkat tu aku tenung.Eh?Apa ni?Ada secebis kain yang diselit di palang katil.Ok macam ni korang imagine.Korang duduk katil bawah kan.So time baring korang akan nampak palang-palang katil atas kan.Haa kat situ lah kain tu terselit diantara palang dan tilam.Tangan gatal ku menguis kain tu menariknya keluar.
"Ape jadah kain kuning ni.Ganas nau tido sampai tercarik baju?" aku bermonolog sendiri.Cebisan kain itu disimpul.Menggigih juga aku nak buka simpulan tu yang sangat payah seolah penyimpulnya tidak mahu cebisan itu dibuka.
"Eh kemain payah lagi!" aku tak berputus asa dan mencari gunting di dalam bekas pensel.Ada pun!Aku menggunting bunjutan kain itu dan terkeluarlah isinya.
Sehelai kertas membaluti sebatang gigi.
"Ceh bangang abadi mane lah yang percaya tooth fairy bagai simpan gigi bawah tilam ni," bungkusan itu aku buang ke dalam tong sampah.
Itulah tindakan yang paling bodoh pernah aku lakukan dalam hidup aku.Dan aku menyesali tindakanku itu.
Kerana kain itu mengunci sesuatu..
Aku telah membebaskannya..
YOU ARE READING
Cerita Seram Aku:Edisi Universiti
HorrorKesinambungan kisah seorang aku yang mempunyai deria keenam ketika sekolah kini menghantui di universiti. AWAS: Telah diberi amaran jangan bercerita mengenai 'mereka' kerana 'mereka pasti akan menemani anda.Sebarang kejadian yang berlaku ketika anda...