Kem Part 2

799 66 39
                                    

"Heh..Kau ingat aku tak tau kau pun ade saka?Aku nk tengok sape lg kuat.."balas Aziz dengan senyuman senget.Aku ada saka???

"Jgn nk buat muka terkejut beruk sgt.Dah sama serupa ngan beruk dah aku tgk..Aku sme mcm kau..Tapi kau bodoh..Kau taknak guna kelebihan kau.."

Ewah..Dah kutuk muka aku macam beruk.Cakap aku bodoh pulak tu.

"Tak sekarang ni ape masalah kau?Apa yg kau nak dari aku?"malas aku nak hadap lagi mamat saiko ni.

"Aku tak puas hati dgn kau.Kenapa dia pilih kau?Kau tak layak doh.Serius.Kau tak layak langsung.Dahlah lembik.Baru jumpa pocong.Dah cuak?Kena kejar dengan patung dah menggelupur?Baru kena sakat dalam toilet dah gigil?"sinis je suara si gila tu.Jap.Pocong?Patung?Toilet?Macam mana dia tau aku kena kacau?Kawan rapat aku dengan mak ayah aku je yang tahu.

"Pelik macam mana aku tahu?Sebab..Aku yg hantar.."

Sungguh otak aku waktu ni blur.Perasaan aku bercampur baur.Rasa marah,takut,keliru eh senang ckp bercampur lah macam tomyam campur.Hai sempat lagi fikir pasal mkn kan?

"Ta..tapi ape salah aku dgn kau?"soalan aku membuatkan Aziz tergelak besar.Entah apa yg lawak aku pun tak tau.Dia ingat aku ni Harith Iskander ke?

"Kau tu yg byk slh besar dgn aku.Dari kecik.Asyik kau dpt perhatian.Sdgkn aku dgn kau sama!Asal dri keturunan yg sama!Batara Andani.Tapi yg dia nmpk cuma kau.Mak aku bermati matian nakkan saka tu.Tapi tak dapat.Kau yg lembap ni yg dapat.Lepas dia turunkan pada kau.Hidup family aku susah.Lepas satu satu musibah dtg kat family aku.Bapak aku muflis.Tanaman kat kampung habis tak menjadi.Semua sebab kau ambik tuah kiteorang,"balas Aziz.

"Kau merepek ape ni sial?Kau bodoh takde agama ke?Yg kau berharap kat benda camni kenapa?Tuah??Aku tak amek la tuah kau.Saka yg Atuk Batara bagi tu pun dah lama family aku buang.Kau ingat aku nak sgt ke benda ni semua???Aku pun tak ingin kau tau tak.Menyusahkan aku!Lagipun aku tak pernah kenal kau ni siapa!"

"Ahh..kau takyah nak sembang pasal agama sial kalau kau sendiri pun ilmu cetek.Memang kau tak kenal aku.Sebab si Batara Andani tu kahwin 2.Dia cuma jaga keturunan belah kau.Family belah aku dibiar terumbang ambing.Aku kenal kau sebab kau perosak.Harta dia family kau angkut.Tinggalan dia yang satu tu pun kau nak kebas.Dah cakap dgn org bodoh mcm kau ni tak guna.Aku tau saka tu dah takde.Tapi kau ade pendamping yg aku cari.."

Pendamping apa pulak ni bodoh.Bila masa aku ada pendamping.Dia ni terlepas dari hospital mental ke.Syazwan please lah bangun cepat.Hujung jari kaki aku kuis-kuis badan si Syazwan yg nampak mcm tgh sedap sgt terbaring kat atas tanah.Kaki aku dah terpaku kat sini.Makhluk belakang Aziz tu makin lama aku tengok makin seram.Sial lah.Abang Faiq semua ni mana?Diorang tak dengar ke dari tadi kiteorang bertekak jerit-jerit dekat sini.

"Aku dah agak kau ni memang penakut.Tak faham asal benda ni semua suka sgt nk berdamping dgn kau," Aziz memandang makhluk disebelahnya.Makhluk itu menjerit nyaring dan menerpa dkt aku.Aku memang tak tahu nak buat apa.Hanya mampu mencangkung dan menutup muka.Ya tanpa disangkal lagi satu tindakan yang sangat bodoh.

Keadaan sunyi buat seketika.Eh?Bukan tadi benda alah tu nak serang aku ke.Mana dia?Tak berani pulak aku nak buka mata.Takut dia muncul tiba-tiba depan muka.Tapi takkanlah aku nak cangkung je kat sini sampai esok.Aku bukak mata sikiiiiiiiiit je.Dalam 0.05 mm camtu.Haha agak2 cukup luas untuk intai apa yang tengah jadi je.

Dan cuba teka apa yang aku nampak???








A/N:Phewww berposak gak aku tahun ni..Dah lama tak menulis kan.Sesuka hati je ltk shortform..Lantak ahh..Aku bkn tulis karangan SPM pon kan..Asal korg leh paham dhlah..To be frank aku sambung cite ni sbb still ade yg support PM aku suruh sambung..So aku taknak kecewakn org yg follow aku dr first cite aku kt Wattpad lg..And aku faham spe yg tak follow cte ni dr awal which is dlm book Cerita Seram Aku yg dh xd dlm Wattpad aku sbb dh dibeli oleh Novelplus akn hadapi kesusahan sikit tuk faham ape yg jd..And second book ni more to reveal and explain knp semua ni jadi..so bukan 100% setiap chapter akn melibatkan penampakan hantu.Ok..mcm biase ade org suke..ade org xsuke..so aku pun xamek hati..standard ahh kan taste memasing..tp jgn lah hate comment yg melibatkn rupa paras aku..hahaha kalau kondem cite aku xsdap cam celaka xpe..kalau kondem rupa aku..cm xde kena mengena kan..Lame dh aku xmembebel ni..N be more interactive guys..Aku suka reply komen..N sembang ngn korg..Jgn lah jd silent reader..Kalau nk suggest aku bce cte korg pun blh..K la mls bebel..Rase cm org tua sgt..Kbai..Gerak luh..Pape roger..

Cerita Seram Aku:Edisi UniversitiWhere stories live. Discover now