SUMPAHAN RATNA oleh MAINA TAMIN

1.3K 29 0
                                    


Kalau aku dapat si jalang itu, aku robek-robek mukanya! Allysa manusia bajingan yang layaknya diinjak-injak. Jijik lagi menjijikkan. Desis hati Ratna.

Ratna membuang pandangan ke arah luar rumah tingkap. Hatinya penuh dendam. Lagi dilihat Allysa bersama Gary, hatinya semakin parah dirobek-robek. Gary pada mulanya miliknya dia. Dia yang dipuja dan dimanja. Kini mudahnya bersama Allysa. Bagaimana Allysa mampu tuntut hatinya Gary? Ratna tertanya. Padahal Gary sedikit pun tidak memandang Allysa. Bagaimana semudah itu mereka bersama? Ratna sedikit gusar dengan keadaan ini. Sakit hatinya turut dirasakan dek kerana kemesraan yang mereka pamerkan. Bermacam racun telah diatur namun semacam tak menjadi racunnya.

Tuk..tuk..tuk.. Pintu diketuk kasar. Tuk..tuk..tuk.. Pintu yang digegar telah menggegarkan rumah kayunya. Kayunya mula merapuh dek dimakan anai-anai. Namun, Ratna masih tegar duduk dirumah itu.

"Ratna!! Bukak pintunya Ratna!" Kedengaran suara melaungkan namanya. Dengar pada suara dia sudah tahu gerangan siapa. Allysa, manusia bajingan itu.

"Ratna!! Bukak Ratna!!!" Pekik Allysa. Ratna hanya berdiam dan mendengus kasar. Dia bangun, namun berlalu menuju ke meja solekannya. Dioles gincu merah membara ke bibirnya. Bibir atas dan bawah dirapatkan dan dilagakan kedua bibir untuk meratakan warna tersebut. Sanggulnya diperkemaskan. Ratna tersenyum puas dengan kecantikannya. Ratna bangun dan menuju kepintu. Selak pintu dibuka. Terpampang wajah bengis Allysa didepan mukanya. Ratna menghadiahkan senyuman sinis.

"Mau apa kau Allysa? Datang menyalak didepan rumah orang lalu menggegar rumahnya. Apa kau tidak punya malu pada tetangga?" Tanya lembut tapi tajam.

"Lagi kau tanya Ratna! Kau yang mulakan olah, kau tanya pada aku? Masakan kau tak mengerti maksud kedatangan aku ini?!" Ujar Allysa menahan marah. "Syaitan apa kau menggelar aku umpama anjing. Kalau anjing itu hina, kau lagi hina dari anjing!"

"Kalau kau datang kemari tujuan untuk mencela, lebih baik engkau pergi Allysa. Jijik aku melihat susuknya kau!" Halau Ratna. Dia mecebik. Meluat Allysa melihat riak wajahnya.

"Jijik kau kata? Sejijik-jijiknya aku, jijik lagi engkau Ratna. Segala ajaran agama telah engkau langgar, malah engkau berbangga dengan perbuatan khianant kau!"

"Apa aku peduli dengan segala agama? Itu semua memenatkan kudrat kita. Engkau jangan jadi bodoh. Kalau engkau berbuat baik, belum tentu kau dipilih masuk ke sorga, bahlol!" Cela Ratna lagi.

"Rosak sungguh engkau Ratna. Segala apa yang kau katakan merosakkan jiwamu. Di mana kehalusan kata-katamu yang dulu." Allysa cuba berdiplomasi.

"Allysa kalau kau datang kesini hanya untuk berbicara tentang agama, selayaknya kau bicara pada yang tua dan yang nak mati. Aku masih muda dan masih belum mahu mati. Lebih baik engkau pergi, hampir pekak aku mendengar bicara kau." Ratna masih lagi angkuh menjawabnya. Senyuman sinis belum habis disua buat Allysa. Baginya Ratna, semua kata taubat boleh diucap pabila nak mati.

"Ratna, percayalah. Segalanya akan berakhir! Tidak lama lagi!" Balas Allysa, keras.

"Sudah, berambus!"

"Ratna, aku ingin ingatkan kau tentang janji engkau pada si Jembambang. Janji yang engkau meteraikan dua purnama dulu menuntut janjinya. Jangan engkau ambil apa yang engkau telah buang, Ratna." Allysa mengingatkan Ratna pada janjinya dulu. Janji Ratna itu telah Allysa ketahui dek kerana Ratna berjanji dengan abangnya Allysa. Tanpa berlengah Allysa terus keluar dari rumah kayu Ratna.

"Sial! Dasar manusia menyibuk!" Celanya.

Pada mulanya tujuan dia ke mari untuk bertanyakan perihal Gary yang enggan berbicara dengannya. Sudah seminggu Gary diam membisu. Makanan yang dibawanya juga enggan dicicipnya. Sudah puas dia berubat, namun tiada kesan yang baik. Pabila dia teringat kata si Ratna dua minggu lalu, dia mula mengesyaki ini pasti muslihat Ratna untuk mendapatkan Gary kembali. Allysa kecewa dengan permainan kotor Ratna dan kata-kata yang diucap Ratna sebentar tadi. Dengan langkah kaki yang berat, dia pulang menuju ke rumahnya.

RASUK: ANTOLOGI CERPENWhere stories live. Discover now