Selepas aku dan perempuan tadi tu saling memperkenalkan diri sendiri , baru aku tahu yang dia budak sekolah sekali dengan aku . Nur namanya , tingkatan dua sama dengan aku . Cuma aku pandai sikit daripada dia , hehe . Pada mulanya dia bertanya dekat aku dulu (dalam chat) "Awak ni bukan Murid SMKPT ka?". Aku pon jawab laa " Haa betul laa tu , macam mana awak tahu?" Nur ni balas balik " Iaa laaa , awak la yang naik pentas Ambil hadiah dalam pertandingan Catur tu kan?"Aku pon jawab " iaa laaa .. Tapi Saya tak biasa pun tengok awak dekat sekolah ni?" Nur pun jawab " Nur budak sekolah baru masuk minggu lepas saja , memang awak takkan biasa nampak laa . Nur duk Kelas 2D ".Lebih kurang dua jam jugak kami chat , Dia pun akhiri chat dia dengan menulis " Nur dah mengantuk laaa awakk . Bye, tidur dulu Assalamualaikum..". Keesokkan harinya sekolah Ganti , aku pun tidur awal jugak laa. Sebelum Tidur Aku on balik telefon aku , Aku lihat gambarnya sambil berkata dalam hati " Cantik jugak Nur ni , Ada peluang ni . Tapi tak tahu laa dia ni ada Teman lelaki kaa tidakk , arh sudah laa ."Aku pun terus tidur Sambil bertemankan lagu rock 90'an .