Bab 1

306 6 1
                                    

Tok tok tok.

Adam mencampak telefonnya ke tepi. Telefon cikai je. Dia bangun dari katilnya dengan rasa malas. Dia mencapai pintu dan membukanya. Mimi.

"Nak apa?" Dia bertanya dengan nada malas sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pagi-pagi dah duduk depan pintu pompuanni.

"Adam! Awak baru bangun tidurke? Baguslah,jom pergi kolej sama-sama?" Mimi berkata gedik sambil terus memeluk lengan Adam.

Muka Adam terus menyirap merah. Dah mula dah pompuanni. Nasib kauni sepupu aku. Dia memandang ke arah Mimi. Mimi,dengan hanya bersinglet dan berseluar pendek dengan beraninya memeluk lengan Adam. Sial,diani tak tahuke akuni lelaki? Kauni pakai bra ke tak?Aduh.......

"Adam~did you hear me? Kenapa muka awak merah? Oh intai eh?" Mimi tersenyum manja memandang Adam.Dia menguatkan lagi pelukannya.Adam berasa rimas dan terus menarik tangannya.

"Ye,aku dengar. Nak bersiap lani. Kau tu pun Mimi,cepatlah bersiap kalau nak pergi sama-sama.Lain kali pakaila elok-elok sikit. Akuni lelaki kut."

"Hmmm..sajaje Mimi pakai macamni. Alah,lagipun awakkan bakal suami Mimi." Mimi memintal-mintal rambutnya sambil melangkah pergi dari bilik Adam. Adam terus menutup pintunya dan menelan air liur. Gila dah Mimi ni,tak habis-habis dengan meroyan dia tu. Silap haribulan,tak pakai baju langsung budaktu masuk bilik aku.

---------------------------------------------------

"Eh,kau dengan Mimi memang couple ke? Hari-hari datang kolej sama-sama,peluk lengan bagai" Khairil,atau senang dipanggil Kay menegur. Kay merupakan kawan baik Adam dan juga rakan sekuliah Mimi.. Dia tak tahan setiap hari tengok budak dua ekor manusiani berkepit datang kolej. Dia ada ajak Adam tumpang motor dia sekali-sekala,tapi selalu ditolak sebab menurut Adam,'Nanti Mimi naik hantu'.Hmmm..

"Mana ada. Mimitu yang mengada-ngada.Akukan duduk serumah dengan dia. Alah,kau macam tak kenal Mimi,dia yang terhengeh-hengeh nak kat aku," Adam berkata sambil menghirup kopinya. Kay tergelak besar.

"Siotla kauni. Kau tahu tak,Mimi tu hot kut kat uni kitani. Pergh....sekali dia lentok weh,10 mata yang memandang! Macammana kau boleh tahan duduk serumah dengan dia? Sudahla dia syok dengan kau. Takkanlah dia tak buat apa-apa kat kau kut?" Kay berkata dengan penuh semangat. Mengingatkan si Mimi tu,membuatkan imannya goyah. Ahh,aku memang tak kuat iman pun!

Adam tersenyum kelat. Tak buat apa-apa? Banyak weh. Dia menghirup kopinya sekali lagi.

"Mana ada dia buat apa-apa.Setakat ajak ke uni sama-sama setiap hari tu je la" Adam sudah malas untuk melayan Kay. Memang macamnila setiap hari,ada je yang tanya pasal hubungannya dengan Mimi,apa yang Mimi buat kat dia,ada jugak yang minta nombor Mimi. Iyelah,kalau dia orang asingpun,dia akan menanyakan benda yang sama dekat diri dia sendiri. Bukannya dia taknak menolak kegedikan si Mimi tu,tapi......

Tiba-tiba Kay menarik-narik tangannya. "Apahalla?"

"Tengok perempuantu weh! Cantik gila weh! Asal tak pernah nampak kat sini??" Kay menunding ke arah kauter di kafe tersebut.Seorang gadis berambut panjang takat pinggang sedang membuat bayaran. Badannya langsing seperti model di dalam TV dan skirtnya yang pendek paras lutut menampakkan kakinya yang putih melepak.Ni kalau aku hiris dengan pisau ni..perghhhh. Adam menelan air liurnya. Tiba-tiba dia tersentak.

OBSESIWhere stories live. Discover now