Hantu Di Depan Tingkap Bilik Tidur

160 10 7
                                    

Time tu,aku tengah baring memaksa diriku tidur.Tapi hakikatnya,aku tak dapat melelapkan mataku.Aku terus bangun dari tempat tidurku dan terus membuka laci yang berdekatan dengan katilku untuk mengambil earphone ku.

Aku terus memasang lagu kegemaranku.Sambil mendengar,aku pun ikut bernyanyi.Aku rasa suara ku time ku bernyanyi teramatlah kuat.Time tu,aku terlupa dengan pesanan ibuku.Ibuku pernah berpesan denganku supaya apabila mendengar lagu di malam hari,jangan ikut bernyanyi kuat.Aku just cakap ok tapi aku tak faham apa yang ibu ku cuba cakapkan.
Time aku nyanyi tu,mata ku terus memandang tingkap dekat bilik ku itu.Aku melihat ada satu tangan sedang mengetuk tingkap bilik ku dan aku juga melihat lengan panjang bajunya berwarna putih.Aku terus berteriak memanggil kerana pada malam itu cuma ada aku,ibuku dan adikku saja di rumah.Manakala ayah pula sedang bekerja dan akan pulang pada pukul 12a.m dari tempat kerjanya dan akan sampai ke rumah dalam pukul 12 lebih.

'Mak!Mak!Knp mak?!'

Aku terus membuka earphone dari kedua-dua telingaku.Aku terus-menerus berteriak memanggil ibuku tetapi masih tiada jawapan.Tangan yang sedang mengetuk tingkap bilik ku juga sudah tidak kelihatan.Aku pula terus memasang kembali earphone ke telingaku dan aku baring.
Tiba-tiba terlintas difikiranku bahawa yang mengetuk tingkap bilikku bukan ibuku tetapi siapa?Aku berfikir begitu kerana kenapa ibuku harus memanggil ku dengan cara mengetuk tingkap bilikku?Kenapa dia tidak buka terus pintu bilikku sedangkan ia tidak berkunci?Dan juga,ibuku tidak mempunyai baju lengan panjang berwarna putih.Setelah aku berfikiran begitu,aku terus terlena.

-TAMAT-

Berdasarkan cerita di atas,itu ialah pengalaman saya sendiri dan ia ialah kisah benar yang pernah saya alami sendiri.Terserah kepada kamu ingin percaya ataupun tidak.Yang penting,saya sudah pun berkongsi cerita tentang pengalaman yang saya hadapi.Sekian,terima kasih

Hantu Depan Tingkap Bilik TidurWhere stories live. Discover now