Air hujan deras turun membasahi bumi. Kesunyian yang menyelubungi pulau Sor bertukar menjadi gempita dengan bunyi guruh yang berdentam dentum. Jauh dalam belantara, dua orang manusia yang sudah menghuni lama pulau itu sedang berlari dalam keadaan basah kuyup.
Masing2 berpakaian serba putih dengan seorang lelaki yang berkot putih labuh sehingga ke paras kaki dan seorang perempuan yang sekadar menyarungkan kemeja putih di badannya. Tangan lelaki yang memakai kot putih itu sedang etat menggenggam tangan wanita di belakangnya. Tag nama yang hampir terjatuh di kot putih itu tertulis DR. Min.
"Chagi kena bertahan" ucap doktor Min, memberi semangat krpada wanita itu.
Wanita itu dengan wajah dan rambut yang basah kuyup hanya menggeleng. Air mata yang bercucuran dengan hujan yang mencurah-curah tidak dapat dibezakan lagi. Sama banyak.
"Oppa kena tinggalkan chagi di sini, chagi lemah" luah Hani sambil teresak esak menangis.
Wajah isterinya itu ditatap doktor Min dengan penuh khusyuk, Hani, gadis putih melepak, dengan mata sepet dan hidung mancung itu kemudian dipeluk oleh doktor Min. Tangisan isterinya itu sudah cukup membuat dia sebak.
"Oppa takkan mampu hidup dalam dunia ni kalau oppa tinggalkan chagi disini anak kita menunggu di Seoul" luah doktor Min,jujur.
Siapa yang sanggup tinggalkan isteri tercinta apabila maut sedang mengintai mereka di setiap sudut belantara itu. Musuh pula sedang bersembunyi di kegelapan malam manunggu masa sahaja untuk menerkam.
"Kaki chagi terseliuh "kata Hani
"Takpa, oppa gendong chagi, kita kena pergi dari sini, Helikopter sedang tunggu kita kat pantai"
"Tapi oppa"Belum sempat Hani mahu membantah, doktor Min sudah mengendong isterinya itu dan membawanya membelah kegelapan malam.
Doktor Min megatur langkah meredah akar akar pokok dan semak samun yang tumbuh meliar di hutan pulau Sor. Sesekali Dr. Min akan menoleh ke kiri dan kanan, mengintai keadaan sekeliling sambil berharap agar mereka sudah jauh meninggalkan pemangsa yang suka mrmburu dalam keadaan begitu.
"Oppa, bendatu semakin dekat dengan kita" ucap Hani.
Perasaan Hani tidak pernah salah dan firasat yang terbit dari hatinya perlu diberitahu kepada suaminya.Dr. Min mengangguk,cuba melajukn lagi langkahnya. Hani yang sedang digendong Dr. Min sempat menangkap kelibat mata seperti ular yang akan muncul sekali sekala dalan kepekatan malam di sekeliling mereka sebelum menghilang. Entah permainan apa yng dimainkan makhluk itu. Hanya cahaya bulan menjadi lampi suluh semula jadi, membantu Dr. Min mengatur langkah.
Ketika Dr. Min membelok ke kiri untuk mengelakkan lopak air di hadapannya, tiba2 seekor makhluk melompat keliar dari kegelapan,membuatkan langlah Dr. Min terus mati. Hani pula memegang erat lengan suaminya, teekejut dengan kemunculan makhluk itu. Dr
Min mengundur perlahan-lahan, cuba mencari peluang untuk meloloslan diri daripada makhluk di hadapannya itu.Namun tiba2 dari belakang, seekor lagi makhluk muncul sambil berdesis aneh. Mata ular itu tajam memandang ke arah Dr. Min. Kemudian, dari arah kiri dan kanan Dr. Min, muncul pula 2 ekor makhluk tadi. Masing bergerak perlahan ke arah Dr. Min yang dari segenap arah.
"Chagi sayangkan oppa" ucap Hani yang sedang digendong suaminya itu.
Dr. Min sekadar mengangguk lalu memejamkan matanya, seolah olah sudah bersedia untuk berdepan dengan maut. Seketika ,tiada apa yang berlaku sehinggalah jeritan nyaring Dr. Min memenuhi kegelapan malam itu. Sekali lagi kesunyian malam di pulau Sor.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Lost World ||BTS Malay||
Fiksi PenggemarSiapa sangka percutian para pelajar Universiti Gangnam ke Busan untuk menyiapkan assignment dirunding malang besar. Penerbangan yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri. Yoon Gi, Hoseok, Namjoon,Jungkook,Taehyung, Jin,Jimin dan Hyuri, 8...