Dia

115 6 0
                                    

Dalam keriuhan, aku meneliti ragam kawan-kawanku. Ada yang sedang gelak, ada yang sedang lena dibuai mimpi, ada yang berbual, ada yang bergurau, ada yang berkejaran (walaupun umur dah 17 tahun) dan ada yang sedang leka membaca buku (maklumlah calon spm).

Tiba-tiba pintu kelasku diketuk.

"Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan Khalida?"

Seisi kelas memandang ke arahku dan aku memandang empunya suara yang memanggilku dan mengoyak senyuman. Ku susun langkah ke pintu kelas.

"Hah! Ada apa panggil aku sampai ke kelas ni?"

"Dik, kau rindu aku tak? Haha"

"Aku rasa macam nak sepak je kau ni, datang kelas aku semata-mata nak cakap benda ni."

Dan masa pun berlalu. Tanpa aku sedari itulah di antara tanda yang dia tinggalkan kepadaku. Tanda yang dia akan pergi jauh. Dia. Namanya cukup senang untuk di ingati, Mai. Walaupun kami sebaya, dia tegar menyuruhku memanggil dia akak. Sebab dia lahir sebulan lebih awal dari aku. Dia menyuruhku menganggap dia akak hanya kerana nama bapa kami sama.

Walaupun tidak sekelas. Tapi kami agak rapat. Masalah dia,masalah aku. Resah dia,resah aku. Dan kami menyertai 'Pertandingan Busana Muslimah' bersama-sama. Alah pertandingan ala-ala pertunjukan fesyen macam tulah, aku dapat no 1 dan dia dapat no 4.

Tribute Buat DiaWhere stories live. Discover now