Dia Pergi Jua

59 2 0
                                    

Petang 31 Ogos 2015, aku mendapat berita tentang kepergian dia. Pada mulanya, aku tidak percaya kerana aku ingat kawan-kawanku yang lain main-main. Aku siap marah mereka kerana membuat cerita sedangkan itulah kenyataannya.

Dia pergi buat selamanya kerana demam denggi. Aku tak tahu bahawa dia telah dimasukkan ke hospital dan tidak mengambil peperiksaan pada 30 Ogos. Aku memeluk erat adik saudaraku. Air mata yang berlinangan aku biarkan sahaja. Tersedu sedan aku menahan tangis. Aku tak dapat menemuinya walaupun hanya tinggal jasad kerana aku sedang dalam peperiksaan

Keesokan harinya,Suasana di blok K sunyi sepi. Segalanya suram.
Oleh kerana kelas aku merupakan kelas pertama, maka kami di kuarantin. Pengetua tidak memberi keizinan kepada kami untuk keluar dari kelas. Katanya kami harapan sekolah.

Aku memandang ke arah tanah perkuburan yang berada betul-betul di sebelah sekolah dan bertentangan dengan blok kami. Ramai orang. Kertas peperiksaan ku dibasahi air mata. Aku menahan sendu yang menyerbu jiwa.

Perit sungguh.

Tribute Buat DiaWhere stories live. Discover now