Jika ada perumahan di tepi pantai, pasti salah satu daripada mereka adalah aku. Sungguh, aku suka pada ketenangan pantai sini. Tetap kelihatan indah tidak kira pada waktu pagi, petang mahupun malam.
Jikalau pantai sudi menjadi sahabatku, aku mahu hanya dia bersamaku, tiada yang lain. Kerana apa? Kerana aku telah benci persahabatan antara manusia. Ya. Susah untuk membuat seseorang menghargai kepayahan kita dalam sesuatu. Lebih-lebih lagi kau. Ya, kau. Aku pun tidak pasti siapa yang bodoh. Adakah aku atau kau? Aku bodoh kerana berusaha menjaga persahabatan ini tanpa melibatkan cinta dalam hidup aku. Atau engkau yang bodoh kerana tidak nampak kesungguhan aku dalam persahabatan ini? Dan kau memandang kepada si dia yang belum tentu jodoh kau? Ah sayangnya. Sungguh, aku cemburu. Kau lebihkan dia dari aku. Ya. Aku akui. Dan aku tahu, perbuatan aku ini hanyalah sia-sia. Sia-sia untuk orang yang tidak tahu menghargai SEPERTI KAU!
Sudah. Sudahlah. Aku penat mencari sahabat. Cukuplah hanya sekadar kawan ada pada aku perlu walau bukan setiap masa. Tapi bukan perjanjian yang pernah aku cipta dulu bersama kau, kawan. Bukan. Perjanjian antara kita iaitu Best Friend Forever and Ever (BFFE). Bukan. Tidak. Takkan.
Usahlah berdialog denganku jika setiap kata-kata kau itu dusta. Penuh makna tersirat yang hanya mampu buat aku terluka. Ianya bukan kata-kata cinta, hanya kata-kata biasa. Tetapi kejamnya kau, memandang rendah dan kadangkala memperlekehkannya. Entah berapa kali kita bertengkar, salah faham, pernah kau mencari punca kenapa kita bergaduh? Pernah? Tak. Tak pernah malah kau hanya memaafkan dan kata ketidakpuasan hati. Pernah kau beri aku peluang untuk memahami kau? Tak. Tapi kenapa mereka dapat sedangkan aku ini...? Apa? Tunggul? Ha?
Aku bukanlah seorang pendendam. Tapi mungkin aku seorang yang memendam perasaan. Apa kau tahu rupa hati aku ini? Jika ianya sebiji buah epal, pasti sudah dipenuhi lebam dan busuk akibat sakit dan perit rasanya. Sakit ini lebih sakit daripada kehilangan cinta. Sumpah. Aku sayang persahabatan ini. Tapi apa yang kau buat? Bodoh. Aku bencikan persahabatan ini hanya kerana kau merosakkannya.
Pernah kau terfikir, kau tikam belakang aku, tapi kau sendiri yang tanya kenapa aku cedera. Kau sendiri yang tolak aku hingga jatuh, tapi kau sendiri tanya kenapa aku tersungkur?
Bodoh. Aku sepatutnya bencikan kau. Bukan persahabatan ini.Usah kau agak, apakah aku akan bersedih? Usah kau anggap, ketawa ku sebentar tadi tanda aku bahagia? Usah kau sangka aku mampu lupakan semuanya. TAK. TIDAK SAMA SEKALI, KAWAN. heh. Pantas aku panggil kau kawan? Kawan? Apakah layak engkau dipanggil sebegitu? LAYAKKAH?
Aduh, aku terlalu emosi. Maaf sayang. Hati aku cukup sakit. Cukuplah dunia sandiwara kau. Aku sudah masak. Kenapa mesti kau hancurkan segalanya. Dan kenapa mesti aku jumpa manusia seperti kau? Kenapa?
YOU ARE READING
Persahabatanku Bertepuk Sebelah Tangan
KurzgeschichtenDikelilingi rakan-rakan adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Dipenuhi tawa, suka duka, gurau senda dan detik-detik indah. Selain keluarga, aku juga seorang yang mementingkan persahabatan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, aku berkaw...