"Nim, bangun."
Tasnim masih tidak sedarkan diri. Tidur mati agaknya.
"Tasnim, bangunlah. Tasnim." Kejut Misya. Tasnim masih tidak menunjukkan reaksi sedar. 'Ish Tasnim ni. Ni mesti tidur lambat. Apalah yang dibuatnya semalam.' Bisik Misya. "Tasnim! Woi Tasnim Amira. Bangunlah woi dah pagi ni." Misya mula menggoyangkan tubuh dan menampar muka Tasnim. "Haaa apa dia." Akhirnya Tasnim sedar dengan keadaan terpinga-pinga. "Dah pagi ni woi. Lepas subuh tidur balik. Tu yang mamai. Dah bangun. Mandi. Pastu kita pergi breakfast. Cepat siap." Kata Misya. Tasnim mencapai telefon bimbitnya di tepi katil. Jam menunjukkan 7.40 pagi. 'Aduh, rasa macam nak lelap lagi.' getus hatinya. "Animmmmmm!" Jerit Misya yang sedang mengemas beg untuk dibawa mendengar dengusan Tasnim seperti mahu menyambung semula tidurnya. "Ha ya ya bangunlah ni." Pantas Tasnim bangun lalu mencapai tuala berwarna biru muda. Misya hanya menggelengkan kepala. Tasnim, tasnim.And all those things I didn't say,
wrecking balls inside my brain,
I will scream them loud tonight,
Can you hear my voice this timeThis is my fight song,
Take back my life song,
Prove i'm alright sooonnggg
My power's turn on
Starting right now i'll be strong
I'll play my fight sooonngg
And i don't really care if nobody else believes
Cause i've still got a lot of fight left in meTasnim sedang mengenakan warna tudung dengan bajunya sambil menari mengikut rentak lagu kegemarannya. "Boleh pula joget minah ni. Cepatlah sikit kalau nak joget punnnn." Ujar Misya. "Hehe sorry sis." Balas Tasnim.
Setelah selesai, mereka ke Kafeteria Indah. Baru sahaja di pintu kafe, bau sarapan yang disediakan menggamit selera mereka berdua membuatkan mereka bertambah lapar.
Seperti biasa, Misya akan mencari meja kosong manakala Tasnim akan memilih makanan kegemarannya. Semua nampak menyelerakan. Kuew tiaw goreng, nasi goreng kampung, nasi lemak pun ada. Mana tidaknya habis duit bulanan mereka dikerjakan.
Sedang menikmati sarapan yang menyelerakan, telefon Misya berbunyi.
"Kriinggg kriingg" nombor yang tidak dikenali kerana tiada dalam kenalan. 'Siapa ni?' Wajah Misya berkerut. Anak panah ditolak ke kanan sepertimana arahan disitu, slide to answer.
"Hello, assalamualaikum." Misya memulakan perbualan.
"Waalaikumsalam. Misya, Shiqa ni."
"Ohh Shiqa. Ha ada apa?" Sengaja disebutkan namanya agar Tasnim tahu.
"Sorrylah kacau. Tasnim ada tak?" Tanya Shiqa. Misya berbisik perlahan memberitahu Tasnim bahawa Shiqa mencarinya. Pantas Tasnim menggelengkan kepala. Sudu dan garfu berdeting akibat Tasnim membuat gaya pangkah tanda dia tiada bersama Misya. "Ohh cari Tasnim ke? Tasnim takda. Dia hilang tah mana. Kenapa ya?" Misya menyambungkan perbualan. "Oh ala Tasnim takde eh. Oklah takpe. Terima kasih. Assalamualaikum." 'End call' "Waalaikumsalam."Tasnim lega apabila perbualan mereka telah tamat. Dia meneruskan tugas mengisi perutnya yang berbunyi sejak tadi. Air fresh orange disedut. Aduh, sedapnya.
"Nim.". "Ha.". "Kau kenapa macam nak larikan diri dari Shiqa?" Tanya Misya. "Takde apa. Saja. Rimaslah layan dia tu. Menyampah." Balas Tasnim selamba. "Eh kau ni. Tu kan kawan lama kau. Menyampah pula." Kata Misya. "Ish kau taktahu dia tu macam mana. Aku tak suka lah. Drama je lebih minah tu." Misya diam. Dia balas mahu menyoal Tasnim meskipun dia tidak berpuas hati dengan jawapan Tasnim.
"Alhamdulillaaaahhh. Sedapnya. Fuh." Ucap Tasnim. " ish kau ni. Macam dah lama tak makan. Hahahaha." Gelak Misya. "Hehe, sedap dok. Biasalah. Susah nak rasa kenikmatan sarapan yang lazat seperti ini. haaa mek kau ayaattt hahahahaha." Sambung Tasnim. "Hahaha yelah." Misya segera menghabiskan makanannya. Tasnim memerhati sekeliling. "Weh kalau dia tiba-tiba muncul kat sini, mampus huhuhu." Kata Tasnim. "Taklah. Dorm dia jauh dari kita. Dia blok Anggerik." Kata Misya. "Eh semua kau tahu eh. Lagi apa kau tahu?" Soal Tasnim. "Eh, ingat aku ni pendiam je ke? Mestilah aku ni rajin bertanya. Takdelah sampai semua benda aku tahu." Jeling Misya. "Hahahaha yelah cha. Kelas pukul berapa ni? 9.30?" Tanya Tasnim. "Yessss." Balas Misya ringkas.
YOU ARE READING
Persahabatanku Bertepuk Sebelah Tangan
Short StoryDikelilingi rakan-rakan adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Dipenuhi tawa, suka duka, gurau senda dan detik-detik indah. Selain keluarga, aku juga seorang yang mementingkan persahabatan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, aku berkaw...