Sipnosis

29 2 0
                                    

"Sanggup kau buat aku macam ni? Kau pilih dia daripada aku",sebak Zurina dek kerana kecewa dengan tindakan kawan karibnya yang buta kerana cinta seorang lelaki.

Syarifah dan Zurina sudah berkawan hampir 10 tahun sejak sekolah rendah lagi. Jika dilihat mereka ini seperti adik beradik. Ke mana sahaja Zurina pergi pasti ada Syarifah. Syarifah yang sering menyokong dan membantunya dalam setiap perkara. Syarifah seorang gadis yang aktif dan gemar pada artis Korea. Manakala Zurina pula merupakan seorang gadis yang ceria dan gemar membaca komik. Persamaan yang ada dalam diri mereka membuatkan mereka tak ubah seperti adik beradik.

Istilah "adik beradik" mula berubah apabila suatu hari dia mendapati Syarifah mengkhianatinya dalam diam.

"Tak sangka kau umpama musuh dalam selimut",bisik Zurina.

Persahabatan mereka mula goyah. Persahabatan yang utuh selama 10 tahun bakal runtuh.

Bolehkah KEPERCAYAAN, KESETIAAN dan KASIH SAYANG dibina semula selepas apa yang terjadi kepada Zurina?

Siri CERITA pendek yang berjudul "Sahabat vs Cinta" bakal diterbitkan tidak lama lagi.(=´∀`)/

Sahabat vs CintaWhere stories live. Discover now