Chapter 7: Secret Kim Tae Myung?

1K 108 0
                                    


–Sewaktu Aktiviti Kelab Sastera–

[Hyojae POV]

"Okey, pelajar! Hari ini kita ada ahli kelab baru," ujar cg. Jihyo.

"Anyeong, nama saya Kim Tae Myung, panggil je V." V tunduk hormat.

Aku sedang leka menulis cerita terkejut apabila nama Kim Tae Myung disebut. V segera berlalu dan duduk bersebelahan dengan aku. Tanda aku sedar mulut aku ternganga.

"Hey! Tutup mulut tu, nanti lalat masuk." Sergah V tersengih.

"Kau! Asal tak bagitahu aku yg kau masuk kelab ni?" Tanya aku.

"Saje! Aku suka menulis, jadi kelab inilah aku masuk."

"Bagusnya!" Aku tiba-tiba menjadi teruja.

"Kenapa? Kau suka aku masuk kelab ni ah?" V mendekatkan mukanya ke muka aku.

"Ish! Perasan je." Aku menolak muka V supaya berjauhan.

"Aish dia ni! Dekatnya muka dia. Nasib baik tak sentuh bibir aku kalau tak memang nahas kau V. Aku tak kisah kau kawan aku." Kata aku dalam hati. Aku tiba-tiba berasa berdebar.

V tiba-tiba pergi ke arah cg. Jihyo dan bercakap dengannya. Aku tak tahu apa dia cakap. Aku lihat cg. Jihyo mengangguk apa di kata V.

"Attention! Hari ini Tae Myung nak kongsi satu cerita ngan kita." Cakap cg. Jihyo lalu mempersilakan V.

"Wow! Cerita? Menarik ni." Puji aku dalam hati.

Maka bermula lah cerita V. Semua pelajar khusyuk mendengar cerita V termasuk aku sekali sambil mulut aku melopong sekali lagi tanpa aku sedar.

Berakhirlah sudah cerita V dan tunduk hormat sebelum pergi ke tempat duduk nya.

"Hey, tutup mulut tu atau nak aku tutupkan." Tawar V.

"Eh, tak payah!" Aku menolak tangan V  yg cuba nak tutup mulut aku.

"Tapi tadi.......kau daebak lah!" Aku memberi thumbs up kepada V.

"Of course lah! Aku tahu aku hebat." V memuji dirinya.

"Hey, jangan nak perasan lebih." Sindir aku. V yg tidak puas hati lalu mencubit pipi aku.

"Ouch!! Appo!!" Jerit aku geram lalu mencubit pipi V.

"Ehem, kamu berdua!" Tegur cg. Jihyo.

"Ah, mianhae cg !!" Ujar kami serentak. Aku dan V memandang sesama sendiri. Setelah cg. beredar, aku dan V pun ketawa dengan perlahan takut didengari cg.

Setelah tamat aku dan V memasuk ke kelas untuk subjek seterusnya.

*Di Kelas*

Setelah loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Aku yg masih sedang sibuk menyiapkan cerita yg hendak dihantar beberapa hari lagi tidak sedar semua pelajar sudah pulang termasuk kawan baik aku.

"Hey, Yeri ni terik kawan! Mentang-mentang la Jungkook Oppa dia tu jemput, aku pun dia tak ingat dah!" Rungut aku sendiri.

"Dia pun dah balik." Aku memandang tempat duduk V yg kosong.

Tiba-tiba aku terlangar kotak pensil aku sehingga barang dalam tu bersepah.

"Ish......leceh la." Marah aku yg sibuk mengutip pensel yg bertaburan lalu aku perasan akan ada sesuatu yg terdapat dalam meja V. Aku pun mengambil buku tu di bawah meja.

"Eh, buku apa ni?" Desis hati aku. Aku membuka buku dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat cerita hasil nukilan Kim Taehyung ada di dalam buku itu, malah cerita yg belum diposnya lagi bertajuk <All My Love For U> juga ada di dalam buku itu.

"V....ah! Takkan lah dia Kim Taehyung?" Ujar aku penuh tanda tanya.



#Apa terjadi???? Adakah V tu ialah Kim Taehyung?? Adakah Hyojae dapat tahu rahsia besar V??? Tunggu part seterusnya k. Jangan lupa vote + comment k. Sorry kalau bosan part ni. Mianhae.......jeongmal mianhae.......

[C] Love You Kim Taehyung (Malay)Where stories live. Discover now