Bab 3

35 3 0
                                    

"Wafa' Syazana!!!!!!" Laung satu suara dari tingkat atas. Terhenti langkah Wafa' itu  yang sedang ingin menuju ke pejabat sekolahnya.

Terdongak Wafa' melihat gerangan yang menjerit memanggil namanya. Terlihat kelibat seorang lelaki cina sedang berdiri di koridor tingkat 3 itu sambil melambai-lambai tangan ke arahnya diikuti 3 orang rakannya yang lain turut melakukan perkara yang sama ke arah Wafa' Syazana.

Wafa' hanya mengangkat sebelah keningnya yang membawa maksud "nak apa?" tanpa mengeluarkan sebutir bicara suaranya.

Lelaki cina yang memahami bahasa isyarat Wafa' terus bersuara.

"Kamu tunggu situ sikijap. Saya nak jumpa dengan kamu." Laung lelaki cina itu berbaur arahan.

Terkocoh-kocoh lelaki cina itu turun daripada tingkat atas ke bawah. Rakan-rakannya yang lain turut sama-sama berlari anak mengikut langkah rakannya itu.

"Nak apa?" Soal Wafa' mula bersuara tatkala lelaki cina itu sudah terpacak dihadapannya.

"Em.. emm" Tergagap lelaki cina itu ingin memulakan bicaranya.

"Nak speak ke nak cakap malay? Takut dia tak faham nanti aku cakap."  Lelaki cina itu berteka teki sendirian di dalam hatinya. Akhirnya dia melepaskan keluhan berat. Dia mula mengatur bicaranya supaya tersusun kemas walaupun penggunaan bahasa tidak tepat nanti.

"Em, saya mau tanya sama kamu sedikit boleh tak? Keyi ma?" Soal lelaki cina itu sambil menggunakan sedikit bahasa mandarin.

"Nak tanya apa?" Soal Wafa' pelik. Pelik dengan sikap lelaki itu yang tiba-tiba sahaja tergagap-gagap percakapannya.

"Kamu kenal sama itu Farinah Airisyah?" Soal lelaki itu berhati-hati.

"Farinah Airisyah yang form 3 tu. Em, dia tu pengawas selalu jaga barisan tingkatan 5." Celah rakannya, Aloysious dengan lagak becoknya.

Geli hati Wafa' melihat gelagat Aloysious itu.

"Hish. Shuttttttt. Jangan menyampuk Lambert cakap dengan Wafa' tu." Marah rakannya yang seorang lagi, Roger itu sambil membuat isyarat supaya tidak mencelah percakapan rakannya. Koh Cha Wei pula terus menarik lengan Aloysious supaya membelakangkan sedikit badannya.

"Ouh. Kenal sangat. Kenapa ye?" 

"Did you have her phone number? If you have, can you give me her phone number?" Akhirnya lelaki cina itu berbicara menggunakan bahasa inggeris kerana lidahnya seperti terbelit belit apabila menggunakan bahasa melayu.

"Awak nak buat ape dengan nombor telefon Farinah?" Soal Wafa' pelik.

"Saya nak telefon dia. Ada benda saya nak bincang dengan dia. Boleh tak kamu bagi nombor telefon dia?" Pinta Lambert.

Wafa' berfikir sendiri dan membuat percaturan sama ada ingin memberi nombor telefon Farinah kepada Lambert atau tidak. Lama Wafa' berfikir sambil mengerut gerutkan dahinya.

Lambert dan rakan-rakannya yang lain berdiam dan sekadar memerhati gelagat Wafa'.

"Wafa', boleh lah kamu kasi itu nombor Farinah dekat Lambert. Boleh lah." Rayu Koh Cha Wei memecahkan kesunyian sambil menunjukkan mimik mukanya.

"Saya bukan tak nak kasi. Tapi....." Wafa' tidak dapar meneruskan bicaranya dan dia terdiam saat itu.

"Tapi apa?!" Soal Lambert dan rakan-rakannya serentak.

"Baiklah, begini. Biar saya terus terang dengan kamu." Lambert akhirnya bertekad untuk berterus terang tentang isi hatinya.

"Saya sebenarnya nak berkawan dengan Farinah. Tapi saya tak tahu macam mana cara nak mulakan perkenalan dengan Farinah. So I think bila saya ada nombor telefon dia, senanglah saya nak contact dia nanti." Sambung Lambert.

DestinyWhere stories live. Discover now