Jam 8 malam menunjukkan waktu kerja Katrina telah tamat .
" Kat , aku balik dulu tau , jumpa esok ! " kata Marina
" Okay Mar , bye ! " kata aku
Semasa Katrina mahu keluar dari restoran tersebut , tiba-tiba ada seorang lelaki menghalang laluannya .
" Encik boleh tepi sikit ? " kata aku
" Boleh , apa salahnya sayang " kata Ammar
Tidak sah lagi lelaki itu adalah Ammar , Katrina terkejut dan terdiam selepas dapat tahu lelaki yang ditegur olehnya adalah Ammar .
" Ei apa sayang-sayang ni ? Geli lah aku " kata aku
" Aku gurau jelah , nah ambil ni " kata Ammar sambil menghulurkan plastik yang berisi makanan
" Untuk siapa ni ? " kata aku
" Tu ha untuk pak guard kat sana " kata Ammar
" Ala betul-betul la " kata aku
" Untuk kau lah , eish loading betul , aku saja beli makanan ni sebab aku tahu kau tak makan lagi kan ? Jadi sebagai pengurus yang prihatin , aku belikan makanan untuk kau " kata Ammar
" Ada aku minta ke ? Takde kan jadi kau tak payah nak susahkan diri kau , nak belikan untuk aku " kata aku
" Cik Katrina , orang dah beli tu boleh tak ambil je ? Tak payah nak bebel sangat " kata Ammar dengan nada yang garang
" Ala aku cakap je , eish yelah terima kasih " kata aku
" Ha macam tu kan bagus , nak kena garang dulu baru nak ambil " kata Ammar
" Dahlah aku nak balik ni bye ! " kata aku
Katrina terus beredar dari situ kerana dia menyampah dengan Ammar .
Tetapi Ammar tetap terus memerhatikan Katrina sambil tersenyum .
KAMU SEDANG MEMBACA
selamat malam , sayang
ContoKatrina , merupakan seorang pelayan disebuah restoran yang agak garang tetapi penyayang .. dan berjumpa dengan seorang lelaki yang kaya bernama Ammar .. Semasa Ammar mahu bahagia bersama dengan Katrina , bekas teman wanitanya kembali semula untuk me...