Part 2

47 1 0
                                    

Asyfika mengeluh panjang. Tiba-tiba saja lelaki yang menjadi punca kematian abangnya itu muncul. Gara-gara lelaki itu dia kehilangan abang tersayang.

Tambahan pula, ada juga yang menadah telinga mendengar kemarahannya tadi. Sudah lah tidak meminta maaf. Pergi macam itu saja.

"Hello! Zoey. Kau kat mana? Ambil aku sekarang. Aku penat."
"Wey.. kau kenapa? Kau buat kecoh ke kat hotel tu? Kata nak released tension." Soal Zoey yang masih berada dalam talian.
"Nak released macam mana, kalau budak tu datang cari aku sampai sini. Minta maaf konon. Ingat aku ni patung? " Asyfika melepaskan sisa amarah.
"Beb.. rileks okay. Jangan emosi. Tapi, kau masih tak boleh maafkan dia? Dia dah cakap dia tak sengaja. Dia kan tengah larikan diri dari kumpulan Ah Long. Dia tak perasan pun abang kau melintas. Please la Ash.. dah dekat 6 bulan abang kau pergi." Nasihat Zoey.

"Hey. Aku suruh kau ambil aku. Bukan suruh membebel. Kau tak rasa apa yang aku rasa."

"Aku tahu. Tapi sampai bila? " Zoey masih tidak puas hati.

"Zoey. Kira baik tau aku tak dakwa dia. Sekarang ni macam ni lah. Kau tak payah ambil aku. Public transport bersepah!" Talian terus dimatikan.

Setiap kali berbicara dengan Zoey, Asyfika hampir kalah. Ya, sudah 6 bulan berlalu. Tetapi bayangan kemalangan yang berlaku dihadapan matanya tidak mudah di lupakan.

Apatah lagi ketika itu si abang sedang memegang kotak kek sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 22 tahun. Melihat kek yang dibawa itu hancur, samalah juga dengan hatinya yang luluh berkecai.

Dengan bergalas beg dibahu, Ashfika melangkah keluar dari lobi hotel. Wajahnya masih ada riak cemberut. Sebal hatinya apabila Zoey, rakan baiknya melebihkan lelaki yang menjadi pembunuh abangnya itu.

Ashfika bersandar di tiang perhentian bas. Matanya melihat ke kanan dan ke kiri mencari kelibat teksi atau bas RapidKL. Jam digital berwarna hitam sudah berbunyi. Menandakan jam sudah berada di angka 5 petang.

Ashfika tunduk merenung lantai. Sudah 6 bulan dia keseorangan tanpa Ashraf di sisi. Satu-satunya keluarga yang dia ada telah pergi. Ibu dan ayah, entah hilang ke mana. Anak sendiri di 'campak' ke rumah anak-anak yatim. Oleh kerana itu Ashfika bagaikan hilang sebuah kehidupan apabila Ashraf pergi buat selamanya.

"Pin! Pin!" Bunyi hon kereta yang sangat kuat membuatkan Ashfika terkejut. Lama dia memandang kereta dihadapannya itu.

Beberapa saat, cermin kereta turn dengan sedirinya. Terpampang segaris senyuman lelaki didalam kereta itu ke arahnya.

Ya.. lelaki yang mencuri dengar pertengkarannya tadi.

"Cik... nak ke mana? Nak tumpang saya?" Tanya Zariief ramah.

"It's okay, public transport banyak kat Malaysia ni. Tak payah susah." Jawab Ashfika tegas. Wajahnya sangat menunjukkan yang dia kurang senang dengan pelawaan itu.

"Okay. Saya tanya je. Saya pergi dulu!" Zariief terus menekan pedal minyak kereta sambil melambai ke arah Ashfika.

"Kurang asam punya mamat ni! Dia bla macam tu je? Gaya macam nak tumpang kan aku! Piraahhh!!! Belagak! Haish.. teksi ni pun satu. Time aku nak naik tak nak datang. Time aku tak nak, bertimbun!" Ashfika leka merungut seorang diri sehingga beberapa minit kemudian, sebuah teksi muncul dihadapannya.

Tuan Director Cik EngkuWhere stories live. Discover now