"Hah! Lega betul semuanya dah berakhir" ujar Taehyung dengan lega. Mereka berlima sekarang tengah dalam perjalanan nak keluar daripada sekolah.
Jungkook hanya mendiamkan diri. Maklum la... Budak baru lepas pengsan! Seokjin dan Yoongi mendahului di depan.
Taehyung yang beraa di sebelah kanan Jungkook pula sedang seronok bersembang dengan Jimin.
Selepas turun dari tangga, Jungkook menjeling sekilas ke arah sebuah cermin besar yang berada di sebelah Jimin. Matanya membulat apabila ternampak sesuatu yang sangat mengejutkan...
Jantungnya mula berdegup laju dan peluh jantan membasahi dahinya. Dia menjeling ke arah Taehyung dan Jimin.
Dalam diam, dia menarik sedikit lengan baju Taehyung membuatkan lelaki itu berpaling ke arahnya.
Jungkook segera membuat isyarat mata agar Taehyung memandang ke arah seseorang."Hah? Ape?" soal Taehyung.
Jungkook mengetap giginya lalu menuding jarinya ke arah Jimin secara diam-diam. Sambil itu mulutnya cuba untuk mengatakan sesuatu.
"Jimin? Kenapa dengan dia?" soalan Taehyung membuatkan Jungkook terus memijak kakinya. Kuat. "Auch!" jerit Taehyung sekaligus menarik perhatian semua orang.J ungkook buat-buat sengih.
"Hehe,korang jalan je la dulu.Kitorang ikut kat belakang" katanya dengan gaya tangan seperti menghalau sekali. Kemudian, tanpa berlengah Jungkook menarik Taehyung agar berjalan di belakang sedikit.
"Yah! Apesal kau tadi hah?!" Taehyung menjerit berbisik."Kau tengok je ape yang aku nak tunjuk" arah Jungkook lalu mengeluarkan phonenya. Dia membuka camera lalu membuat night mode.
Perlahan-lahan,dia mengambil gambar Jimin yang berada di hadapan mereka lalu menunjukkan gambar itu kepada Taehyung. Alangkah terkejutnya Taehyung apabila melihat Jimin tiada dalam gambar.
Yang ada hanyalah Seokjin dan Yoongi, sedangkan Jimin sedang berada betul-betul di belakang mereka. Taehyung menekup mulutnya dengan mata yang bulat.
"Tadi masa kita lalu kat cermin, aku tak nampak pun pantulan Jimin, aku nampak kau je" bisik Jungkook. "Apa kita nak buat? Ada hantu depan kita skang ni!" balas Taehyung dengan bisikan juga."Camni_"
"Hah! Finally,out from this damn school!" jeritan Yoongi membuatkan kedua-dua mereka tercengang. Kini, mereka sudah keluar daripada sekolah.
"Eik? Cepatnya..." omel Jungkook. "Kita patut bagitau hyung dengan Yoongi" bisik Taehyung dengan risau. Jungkook mengangguk.
Tiba-tiba mereka semua berhenti di tepi jalan raya yang penuh dengan orang ramai."Wey Namjoon, kenapa ni?" soal Yoongi kepada Namjoon yang kebetulan berada di situ. "Eh,korang dah balik! By the way,ada accident..Baru aku nak telefon korang," balas Namjoon.
"Sape?" soal Seokjin pula. Namjoon mengeluh."Jimin... Dia kena langgar dengan kereta tadi..." keluhnya."A-ape...?" Seokjin dan Yoongi mula tak sedap hati.
"Aku tau memang susah untuk kita terima sume ni... Tapi...Jimin meninggal kat tempat kejadian" tambahnya lagi.
Serta-merta bulu roma mereka menegak. Kalau Jimin dah takde, siapa yang diorang jumpa tadi? Siapa yang ada kat belakang diorang skang? Serentak itu juga mereka berkalih ke belakang dan kelibat Jimin sudah tiada di mana-mana.
Cuma kelihatan Taehyung dan Jungkook yang pucat lesi dan terketar-ketar sahaja. "Ma-mana Jimin...?" soal Yoongi.
"Di-dia tiba-tiba menangis, pa-pastu dia hilang camtu je..." terang Jungkook dengan ketakutan. Seokjin mengeluh perlahan."Haih... Dia tak sedar yang dia dah mati..."
~ END ~
_____________________________________
Amacam? Seram tak? First time buat FF horror.. Sbnarnya ini oneshot jer, tpi dibahagi 3..
Tiada sambungan okay?? Kamu rsa Author nak buat criter horror lgi? Nak? And... pndek kan part ni ??
Sbnarnya character Jimin tu Jin pnya part.. Xpi dah mcm mna kan.?
YOU ARE READING
[ Malay ] Trouble. (BTS Fanfic)
FanfictionApabila empat orang lelaki datang ke sekolah pada waktu malam untuk tujuan yang tak berapa berfaedah... Apa yang akan timbul? Oh,semestinya MASALAH yang akan timbul! ________________________________________________ "Ape ni Suga...? Cepat la bukak,ak...